Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Rasanya sudah terlalu lama sangat tak masak kueh mueh terutama muffin atau kek. Sedangkan anak-anak Yangbaik memang suka sangat dengan kek. Namun 3 hari lepas, datang kekuatan baru setelah terjurmpa keratan akhbar di rumah mertua, Batu 10 Lekir. Apa yang menarik minat adalah resepinya yang mudah dan makanannya memang kesukaan keluarga.
Balik dari Lekir, dalam perjalanan balik ke rumah di SIDEC Yangbaik singgah di Kedai Runcit Rahmat (memang kedai kesukaan Alif, sebabnya nanti citer di lain ruangan) beli keperluan untuk membuat muffin. Bahan-bahannya memang mudah dan murah. Balik rumah sampai dah malam, mood pun dah kedaung bertambah dengan keriuhan anak-anak, simpan jer dulu bahan-bahan tu.
Hari ini (sebenarnya pada hari Isnin), pada waktu malam selepas makan nasi kerabu yang dibeli dari pasar malam, tiba-tiba datang semangat nak buat muffin... apa lagi geledah le kabinet dapur tu selongkar periuk oven dan acuan segala bagai lagi... bilas sambil lalu dan lap.. operasi pun bermula. Tak lah susah sangat cuma nak dapatkan mood jer yang susah sikit... dah siap... Alif orang pertama yang merasa dan memang dari awal lagi tunggu nak makan kek yang ummi masak... sabor jer la.. Dah makan ... la Alif tak suka pula sebab ada kismis. Alif... kata tak suka tapi hampir 10 biji muffin dimakannya... dah kenyang macam-macam alasan pulak.
Dipendekkan cerita di sini diperturunkan resepi berkenaan yang telah Yangbaik olah sedikit mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri.
Muffin Kismis Mentega Kacang
Bahan-bahan:
200 gm mentega
100 gm gula caster
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung serbaguna Blue Key
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
80 gm kismis
40 gm coklat urai
50 gm peanut butter (kasar)
Cara membuat:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti esen vanilla, kacau hingga sebati.
3. Ayak tepung dan serbuk penaik di dalam bekas lain.
4. Masukkan kismis, coklat urai dan mentega kacang, kacau rata.
5. Tuang adunan tepung ke dalam mangkuk berisi mentega sedikit demi sedikit sambil mengacau hingga rata.
6. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam mangkuk kertas sehingga 1/3.
7. Bakar selama 20 - 25 minit atau sehingga kekuningan.
Sekian, selamat mencuba.
Pageviews
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
Hadis Nabi
1Malaysia
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
manusia
1Dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
minuman
Cuti Umum
Kursus
Nasihat Kehidupan
UiTM
Buku
Jiran Tetangga
Surah
Fesyen
Google
Pendidikan
Top Komentator
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Hadis
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Zakat
Cerpen/Novel
Hari Pekerja
Hiburan
Kelab Suami Isteri
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
wallpaper
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Iftar
Pageviews
Pengurusan Acara
Top entri
Trafik Organik
CopyPaste
Emosi
Global
Hadis Palsu
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kesihatan Mental
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA
catatann
Good bye, genial friend :)
BalasPadam