Pengikut Setia

27 Oktober 2010

dah tegur... perlu ke rasa bersalah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

semalam kata nak rehat panjang
tapi tak juga... sebabnya sibuk sangat
sibuk nak update blog
nak cerita macam-macam, macam tulis diari jugak
cuma ceritanya berlainan dan kadang-kadang ada juga macam cerita yang berulang
macam cerita yang kata nak rehat... tak juga rehat kan?  (ish nyamuk nih...kacau jer)

pagi semalam juga telah menegur seseorang
hari ni nampaklah perubahannya
tapi semacam ada rasa bersalah pulak
bukan sebab tegur
kerana memang perlu ditegur kalau tidak memang makan hati punya
mana tidaknya kalau dah dok pendam jer
makan dalam tuh... kot-kot nanti meletup macam gunung berapi pulak
mudah-mudahan tidaklah kerana kita kan orang Islam
kalau marah sangat kena banyak2 istighfar
dan sebaiknya tegurlah dengan cara yangbaik

memanglah kita perlu berubah kalau dah ditegur
kalau tak berubah tu namanya degil
tak pun ketegaq

ingat juga masa tegur tu gunakan bahasa yang indah
kan bahasa Melayu nih penuh dengan bahasa (apa pulak ehh...)

cukuplah dulu, pagi-pagi lagi dah membebel

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Diantara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wata'ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.



(Al-Hasan)

2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian