Pageviews

12 Mei 2010

Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya ... suka tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Entri kali berkaitan Pertandingan Sempena Hari Guru : Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya Atau Saya Sendiri Adalah Cikgu Zara.  Anjuran Cikgu Zara.  Ada dua (2) tema yang disediakan, iaitu 1.  Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya, 2.  Kalau Saya Sendiri Adalah Cikgu Zara.

Tema yang aye pilih adalah "Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya"

Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya, pasti hari-hari ketika dalam kelas Cikgu Zara saya akan duduk di depan sekali untuk menatap wajahnya dan mendengar celotehnya untuk memahami apa yang diajar.  Saya juga pasti akan menjadi murid pertama yang menjawab soalan cikgu dan sayalah orang yang pertama akan menyambut Cikgu Zara di muka pintu kelas serta orang yang terakhir keluar dari kelas Cikgu Zara. 

Cikgu Zara mengajar subjek Kimia kan?  Pastinya subjek itu akan menjadi subjek kesukaan saya dan saya akan mendapat keputusan yang cemerlang.  Walau apa pun subjek yang Cikgu Zara ajar, pastinya kelas cikgu tidak membosankan kerana Cikgu Zara bijak bermain dengan kata-kata.

Saya juga berharap Cikgu Zara takkan jemu mengajar saya kerana saya ni lembap sikit.  Lagi pula Cikgu Zara kan pakar psikiatri.

Terima kasih cikgu.  Terima kasih kepasa semua Cikgu-Cikgu seluruh Malaysia yang telah mendidik saya sehingga menjadi saya pada hari ini.  Semua tunjuk ajar Cikgu tidak akan saya lupakan.  Semoga Cikgu terus suksess. 
Ikhlas dari 'anak murid senior'
~~~

6 ulasan:

  1. hehehe~

    kat sekolah sekarang tak dapat ajar kimia~

    sob3~

    nak duduk depan ya?
    boleh2~

    hehehe~

    BalasPadam
  2. terima kasih
    dalam kelas dulu tak dapat duduk depan,
    ohhh bahagianya...masuk kelas cikgu dapat duduk depan ... suka sangat

    BalasPadam
  3. terima kasih cikgu,
    terima kasih atas segala-galanya.

    BalasPadam
  4. to Cikgu RI,
    Terima kasih juga...jadi cikgu jangan jadi macam lilin tau... nanti terbakar diri... susah anak murid nak belajar nanti... hehehe

    BalasPadam
  5. to sharing,
    aye antara peminatnya...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.