Pengikut Setia

15 Januari 2015

2014 Year End Blog Giveaway!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


2014 Year End Blog Giveaway!

2014 year end blog giveaway anjuran Lin Handmade Greetings Card  blog kraftangan yang memaparkan kraftangan menggunakan kertas yang menarik.

Banyak kali juga Lin membuat giveaway, biasanya ringkas saja.  Sesiapa yang nak join senang sangat.  Tinggal lagi masa dan minat untuk join giveaway.  Bukan susah, kalau dah malas sangat atau tak sempat sangat tempek banner kat entri kemudian linkkan gambar dengan entri penganjur, tinggalkan komen... dah siap!

Tetapi seboleh-bolehnya buatlah entri panjang sikit sebagai penghargaan kepada penganjur atas peluang yang diberikan kepada kita untuk buat entri.  Untung-untung dapat juga sedikit trafik dari blog penganjur jadilah.

2014 year end blog giveaway berlansung mulai 5 Disember 2014 lagi.  Simpan draf entri punya lah lama tengok-tengok hari ini hari terakhir.  Agaknya masih sempat lagi tak?  

Klik banner di atas untuk menyertai (masih sempat lagi nie), atau paling tidak untuk melihat tutorial kraf dari kertas yang sangat menarik.

Selamat berusaha kepada semua.




Siapa kita semalam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Siapa kita semalam


Siapa kita semalam mentukan siapa kita hari ini.  Jadikan hari ini penentu siapa kita esok.

Semoga hari menjadikan kita insan yang diberkati dan berjaya untuk masa depan kita.  Lakukan yang terbaik untuk hari ini.  Ikhlaskan diri dengan setiap pekerjaan dan tugasan.  Semoga hari esok hidup kita penuh dengan kebahagiaan.

Kita berjaya atas usaha kita sendiri tanpa menjatuhkan orang lain. Kita juga tidak perlu menyusahkan orang lain untuk berjaya. Kita juga tidak perlu pentingkan diri sendiri.  Berusaha sehabis baik, pastinya kejayaan dan kebahagian itu milik kita.

Apa yang penting kita berjaya atas usaha kita sendiri dan saling bekerjasama dengan semua orang untuk kejayaan organisasi serta kebaikan semua.

Kita perlu berusaha tanpa mengharapkan orang lain. Setiap dari kita ada tugas dan tanggungjawab kepada diri sendiri.

Semoga kita berjaya dunia dan akhirat. Inshaa Allah, berkat usaha sendiri.

Siapa kita semalam mentukan siapa kita hari ini.  Jadikan hari ini penentu siapa kita esok.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

14 Januari 2015

Carian