Pengikut Setia

30 April 2011

Perkahwinan Prince William di tv7 pada 29 April 2011

Selamat sejahtera,

Perkahwinan Prince William di tv7 pada 29 April 2011



yup!.... sesiapa yang menonton tv7 petang semalam pasti dapat melihat kemeriahan majlis perkahwinan diraja yang paling hebat untuk abad ini (atau tahun ini?) ... meminjam kata-kata pembaca berita tv sebentar tadi.


dan tajuk entri ini adalah dipinjam juga dari pencari majlis perkahwinan diraja Britain itu... yang dikatakan mencatat jumlah penonton paling tinggi dan mengalahkan perlawanan bola sepak piala dunia.



Atas tajuk apa atau cerita apa tak taulah... makanya pencari itu singgah di sini... kurang periksa pulak... so... alang2 dah ada orang singgah tumpang sekaki lah nak buat cerita juga...



jom layan gambar2 ni sat..

cantik cincin nie... pinjam dari encik google.




mug ni pun cantik jugak.... jumpa kat mmr google... tq.




sekian. selamat pengantin baru buat semua pengantin2 di Malaysia juga.... ada yang berkongsi tarikh dengan Prince William ker...cantik.... kenangan tu...

30 April 2011 | Mereka berdua-duaan lagi ke Jelutong Pulau Pinang pula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pagi hari Sabtu (30 April 2011) yang hening... jam hampir 7.00 pagi dapat panggilan telefon, saudara terdekat telah meninggal dunia jam 5.00 pagi tadi... Kak Biah Kak Miah, panggilan mesra kami sekeluarga kepada gemulah... semoga dicucuri rahmat Ilahi.  Sakitnya tak lah lama sangat tapi aye dah lama tak jumpa gemulah.  Kali terakhir adalah hari raya lepas....  Setelah hampir sebulan dua minggu koma di wad ICU...

Asalnya tadi pagi2 hari ni nak ke Lekir persediaan untuk majlis esoknya...
Tempeyek dan kueh lidah buaya dah siap packing...
bekas telur kait juga telah siap
tinggal lagi nak ambil beg kertas kat rumah ma...

Kita mampu merancang hanya Tuhan yang menentukan


Pagi tadi anggaran jam 9.00 pagi, mereka berdua sahaja ke Jelutong Pulau Pinang bersama Pak Long (Yeop) menaiki EXORA (Biarpun EXORA itu luas dan boleh dinaiki 7 orang, namun tak upaya kami mengikutnya kerana urusan packing di rumah belum selesai).  Mudah-mudahan mereka selamat pergi dan selamat pulang juga ke rumah.  Hampir-hampir juga tak jadi pergi, tetapi untuk keluarga berkorban masa bukanlah satu kesalahan besar...

Mungkin belum sampai lagi rezeki kami nak ke Pulau Pinang. 

Maka tengahari ini, kami di rumah terpaksalah membuat perancangan dan persiapan baru untuk petang ini.  Petang ini atau mungkin juga malam, setelah mereka berdua pulang dari Pulau Pinang, kami akan ke Lekir pula... biarpun terlewat acara mesti diteruskan... mohon maaf kepada semua kerana terlewat.

Sekian...

Cerita tentang esok | 1 Mei 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hari ini, pagi atau...  taklah pagi sangat ke Batu 10 Lekir rumah anak pak mertua dan mak mertua... hahahe

cerita tentang esok... bukan sahaja kerana cerita tentang hari pekerja atau hari ahad tetapi juga cerita tentang Inas Insyirah dan keluarganya yang dok sibuk2...

Persiapan untuk hari esok... nak buat apa tak tau lagi... nak hias hias ler... lagi... idea dah kering... nak tulis lagik?

saja nak menyemak kat sini.... esok lepas function tu nanti aye sambung cerita yerk... nak cepat nih...

Carian