Pengikut Setia

28 Jun 2024

PERKONGSIAN HADIS | Bergurau Yang Dibenarkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PERKONGSIAN HADIS |  Bergurau Yang Dibenarkan.  Bagi kebanyakan orang suka bergurau dalam setiap detik kehidupan.  Tak kurang juga yang tidak suka langsung dan tak boleh bergurau.  Semua itu terpulang kepada pendirian masing-masing.  Namun setiap apa juga yang kita suka ada batasnya.





عَنِ الْحَسَنِ قَالَ: أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ فَقَالَ: يَا أُمَّ فُلاَنٍ، إِنَّ الْجَنَّةَ لاَ تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ. قَالَ: فَوَلَّتْ تَبْكِي فَقَالَ: أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لاَ تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ : إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا عُرُبًا أَتْرَابًا (الواقعة آية رقم : 35 - 37)

Daripada Al-Hasan RA, dia berkata, “Seorang nenek tua mendatangi Nabi SAW. Nenek itu pun berkata, ‘Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia memasukkanku ke dalam syurga!’ Baginda pun mengatakan, ‘Wahai Ibu si Polan! Sesungguhnya syurga tidak dimasuki oleh nenek tua. Nenek tua itu pun pergi sambil menangis. Baginda pun mengatakan, ‘Khabarkanlah kepadanya bahwasanya wanita tersebut tidak akan masuk syurga dalam keadaan seperti nenek tua. Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya kami menciptakan mereka (Bidadari-bidadari) dengan langsung (35). Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan (36). Penuh cinta lagi sebaya umurnya (37).” (Al-Waqi’ah) (HR At-Tirmizi No: 238) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah bergurau dengan sahabat untuk mengembirakan, namun dalam batas yang tidak berlebihan hingga membawa sifat berbohong.

2.  Rasulullah bergurau dengan perempuan tua, walaupun pada awalnya menyedihkan namun diakhirnya mengembirakan dan menyebabkan perempuan itu tersenyum dan tertawa gembira.

3.  Orang yang terlalu serius dalam urusan kehidupannya akan cepat penat dan kecewa.

4.  Kita boleh bergurau dengan kadar yang tidak berlebihan serta berusaha mengawal lidahnya ketika bergurau agar bertutur dalam perkara yang bermanfaat dan menjauhi dusta.

5.  Wasiat Hassan Al-Banna: Jangan terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yang sedang berjuang tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

28hb Jun 2024
21hb Zulhijjah 1445H

26 Jun 2024

25 Jun 2024

HARI-HARI YANG LEMAU DAPAT PIZZA DARLING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ni, setelah berpuluh-puuh tahun menua dan bekerja baru perasan ada satu perasaan malasnya nak pergi kerja.  Perasaan yang sangat ketara, malasnya nak bersiap tetapi dipaksa juga.  Perasaan tu bukanlah malas tetapi nak kata macam kalau boleh tak nak buat apa-apa nak rehat atau sambung tidur.

Disebabkan hari ini ada mesyuarat penting yang mesti diuruskan, maka digagahkan jua kudrat utnuk bertindak dan memaksa diri bersiap.  Terdetik juga, macam tulah lah agaknya perasaan anak-anak yang tantrum tiba-tiba tak nak pergi sekolah atau tak nak pergi rumah pengasuh.  Bezanya kita ni dah dewasa takkan lah nak meratap merengek macam tu kan... tak terbayangkan anak-anak tua ni bila meragam buat hal macam anak kecil.

Sebelum masuk pejabat, singgah beli cokodok di gerai belakang Petronas Seri Iskandar.  Dapat makan cokodok dalam kereta ni rasanya macam satu perasaan healing... layan sambil-sambil kumpul semula semangat pagi tadi yang dah kelaut.  Mujur juga sempat panggil balik.

Dah masuk ofis, siapkan cepat-cepat keperluan mesyuarat.  Sempatlah siapkan fail dengan bantuan ofismate.

Dalam bilik mesyuarat, semasa mesyuarat tiadalah yang mudarat.  Isu-isu biasa dalam mesyuarat, macam typo, ayat tak jelas, kertas kerja lambat... tu dah biasa walaupun cuba nak elak.  Usahakan kelemahan dan kekurangan seminima mungkin.  Alhamdulillah, selesai dengan jayanya.  Tinggal lagi nak siapkan minit dan laporan.

Lepas mesyuarat baru selesa nak makan.  Makanya berkunjung pula ke cafe staf, order apa yang cepat di masak dan sedap dimakan.  Tiada gmbar makanan di cafe staf.




Inilah Pizza Darling macam tertera kat tajuk posting tu.  Pizza ni elok jer terletak atas meja kat ofis.  Ambil sepotong dan selebihnya agihkan kepada ofismate... cukuplah untuk menghilangkan lemau hari ini.

Sebenarnya Pizza Daging, tetapi tersilap baca macam Pizza Darling.  Dah jadi bahan pulak Pizza Darling nie.

Apapun syukur Alhamdulillah untuk rezeki yang baik-baik hari ini, esok dan selamanya.


Terima kasih.


Carian