Pengikut Setia

14 Jun 2024

Tahukah anda bahawa 1 bahagian BOLEH DIKONGSI bersama ahli keluarga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Posting ini adalah perkongsian semula dari rakan Aman Palastine. Dikongsikan di sini untuk ingatan dan pengetahuan juga untuk pelbagaikan maklumat di serata platform yang ada selain dari wasap grup.


Tahukah anda bahawa 1 bahagian BOLEH DIKONGSI bersama ahli keluarga


Di dalam hadith Sahih Muslim, Rasulullah saw ketika mengorbankan seekor kibas, Baginda membaca: “Bismillah(dengan nama Allah), ya Allah terimalah dari Muhammad, keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad!” Lalu beliau pun langsung menyembelihnya.” Sahih Muslim


Dalam mazhab Syafie, Harus berkongsi duit untuk membeli satu bahagian korban.


Namun begitu, KORBAN tetap perlu dimiliki oleh SATU PENAMA SAHAJA.



Berkenaan status pahala pula, penama bagi haiwan korban tersebut DIGANJARKAN PAHALA KORBAN adapun bagi pihak yang berkongsi duit diganjarkan pahala sedekah kerana menghadiahkan sejumlah duit untuk memudahkan urusan beli haiwan korban tersebut.


PENTING UNTUK GAZA TERUS MENERIMA BANTUAN MAKANAN SEGERA.
JADI AYUH KITA BANYAKKAN HANTAR DAGING KE GAZA


Perang di Gaza adalah perang terburuk dalam sejarah hidup kita.

Allah SWT sedang menguji kita semua, dimana umat Islam diwaktu saudaranya ditimpa kesusahan! di mana kita dalam bahagian perjuangan ini.

๐ŸŒŸ Ayuh sertai SEDEKAH DAGING untuk saudara kita di Gaza

๐Ÿฅฉ 1 keluarga 1 KORBAN 1 BAHAGIAN KERBAU di GAZA

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :

“Sesungguhnya antara amalan yang paling disukai Allah ialah memasukkan kegembiraan ke dalam hati mukmin, iaitu melepaskan dia dari kesedihan, atau menyelesaikan hutang yang ditanggunginya, atau memberinya makan ketika dia kelaparan.” (Al-Baihaqi)

✅ Kami mengajak tuan/puan untuk sama-sama mengajak ahli keluarga untuk turut sertai dalam apa jua jumlahnya bagi menghantar Sedekah Daging ke Gaza.
Jumlah Sedekah Daging boleh dibuka mengikut kesesuaian tuan/puan sendiri RM250/RM100/RM50/RM10/RM1.

๐ŸŒŸ Mesti seronok bila ibu, ayah, abang , kakak, nenek, Mak long dan Pak Su serah wang untuk berkongsi ibadah korban.
Lagi terharu duit yang terkumpul dapat buat Korban 1 BAHAGIAN KERBAU PALESTIN

Sedekah Daging ini ⛔️ TERHAD HANYA 1 EKOR KERBAU ๐Ÿƒ sahaja untuk 7 buah keluarga!
InsyaAllah kalau ramai penyertaan kami akan BUKAN SLOT KERBAU KEDUA

✅ Pembayaran SEDEKAH DAGING SEKELUARGA boleh dibuat melalui akaun KELAB PERWIRA MALAYSIA di :-

๐Ÿ”น Bank Rakyat : 1102185403
๐Ÿ”น Bank CIMB : 8604540809

✅ Hantar resit transaksi dan maklumat Tuan/Puan ke whatsapp:
wasap.my/60108460076/NakSertaiSedekahDaging1000

✅ Sertakan maklumat berikut:
Nama Keluarga :
No. Tel :
Emel:
Tujuan Sumbangan : KORBAN 1 BAHAGIAN KERBAU PALESTIN

✅ Atau lebih pantas di sini ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ:

https://bit.ly/TabungKorban10Zulhijjah
https://bit.ly/TabungKorban10Zulhijjah


"Kita Perwira Palestin."


Semoga bermanfaat.


13 Jun 2024

Ada Apa Dengan Upah Penyembelih dan Petugas Korban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bila tibanya Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban, akan adanya majlis korban dan petugas korban.  Petugas ini ada yang diupah dan ada juga bekerja secara sukarela.



ุนَู†ْ ุนَู„ِูŠٍّ ู‚َุงู„َ ุฃَู…َุฑَู†ِูŠ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุฃَู†ْ ุฃَู‚ُูˆู…َ ุนَู„َู‰ ุจُุฏْู†ِู‡ِ ูˆَุฃَู†ْ ุฃَุชَุตَุฏَّู‚َ ุจِู„َุญْู…ِู‡َุง ูˆَุฌُู„ُูˆุฏِู‡َุง ูˆَุฃَุฌِู„َّุชِู‡َุง ูˆَุฃَู†ْ ู„َุง ุฃُุนْุทِูŠَ ุงู„ْุฌَุฒَّุงุฑَ ู…ِู†ْู‡َุง ู‚َุงู„َ ู†َุญْู†ُ ู†ُุนْุทِูŠู‡ِ ู…ِู†ْ ุนِู†ْุฏِู†َุง

Daripada Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (Sahih Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih


Ada Apa Dengan Upah Penyembelih dan Petugas Korban





Pengajaran:

1.๐ŸชตAntara ibadat yang dituntut pada hari Raya Eidul Adha 10 Zulhijjah dan Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah ialah melaksanakan Ibadat korban.

2. ๐ŸชตDaging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin juga jiran tetangga.

3.๐ŸชตMemberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah dilarang kerana ia termasuk dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja mereka. 

4. ๐ŸชตImam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menyebut: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu bahagian dari bahagian korban kepada mereka. Ia tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

5. ๐ŸชตTelah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan umrah serta sembelihan korban dijual. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr) kecuali penerima daging korban yang miskin atau fakir.

6. ๐ŸชตHadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih atau pelapah. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh diberikan dalam bentuk lain seperti wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.

7. ๐ŸชตSaidina Ali menyebut: Untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri. 

8. ๐ŸชตWalaupun begitu, jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

9. ๐ŸชตAntara kesalahan yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban tanpa izin dari empunya korban. Biasanya hal ini dilakukan oleh pelapah dan petugas yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Kadang-kala mereka merasa berhak kerana menolong atau kerana AJK. 

10. ๐ŸชตAda yang meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan dan mengambil apabila selesai urusan korban. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.  Ingatlah Firman Allah:

ูŠุงุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ู„َุง ุชَุฃْูƒُู„ُูˆุง ุฃَู…ْูˆَุงู„َูƒُู…ْ ุจَูŠْู†َูƒُู…ْ ุจِุงู„ْุจَุงุทِู„ِ

“Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29). 





Justeru itu, kepada mereka yang akan menjadi petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor, perut dan lainnya melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.


Sumber:  PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


Terima kasih.  

๐…๐ ๐‹๐ˆ๐•๐„ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐”๐ข๐“๐Œ | Kesedaran Mengenai Kanser Pangkal Rahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Perkongsian maklumat untuk makluman bersama.  Program 'FB Live' anjuran Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam.

Carian