Pengikut Setia

08 Jun 2024

ZIKIR 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, 1 Zulhijjah 1445.  Hari pertama bagi bulan Zulhijjah bulan ke-12 dalam kalendar Hijrah atau kalendar Islam.


1 Zulhijjah 1445H, Sabtu 

  Daripada Ibnu Umar radiallahu anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:

“Tidak ada hari yang lebih agung lagi disukai Allah amalan padanya berbanding hari-hari yang sepuluh ini (10 hari pertama Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya TAHLIL, TAKBIR dan TAHMID.”

(Hadis Riwayat Ahmad, Sahih)

Jom banyakkan zikir:

❤ Tahlil [La ilaha illallah]
❤ Takbir [Allahu akbar]
 ❤ Tahmid [Alhamdulillah]

Sumber:  T.me/quotephotovideo

Terima kasiih kerana sudi luangkan masa di sini  ZIKIR 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

07 Jun 2024

Amalan Rutin 10 Hari Pertama Pada Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Amalan Rutin 10 Hari Pertama Pada Bulan Zulhijjah


Bulan Zulhijjah semakin mendekat, beberapa hari lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Zulhijjah, bulan ke-12 dalam kalendar Hijrah.  Beberapa amalan tertentu perlu dilazimi dan dijadikan sebagai amalan rutin untuk menambah timbangan amal kebaikan serta mendatangkan ketenangan.  Bukanlah amalah wajib tetapi amalan sunat.  Namun bagi sesetengah orang amalan ini seakan amalan wajib.  Terpulang kepada kita untuk menambah pahala sebagai bekal di sana kelak.




Petikan hadis:


عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Perbanyakkan amal soleh setiap waktu di samping hari tertentu antaranya "Hari-hari yang sepuluh" iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah (1 hb  Zulhijjah hingga 10hb Zulhijjah).  Firman Allah dalam surah al-Fajr 1-3 juga menyatakan;

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْر
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”.

Imam At-Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh hari awal Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujah dari ahli tafsir. (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Quran:7/514)

Allah telah bersumpah dengannya (malam yang sepuluh). Bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil tentang besarnya manfaat (sepuluh hari tersebut).

 

2.  Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibnu Kathir: 8/413)


3.  Allah suka kepada hambaNya yang memperbanyak amalan soleh pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah (1hb hingga 10hb Zulhijjah).

4.  Bulan Zulhijjah ini di dalamnya ada kelebihan tertentu untuk diraih bermula dari 1hb Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah dengan pelbagai amal soleh termasuk puasa sunat setiap hari (1 - 9), puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat hari Arafah, perbanyakkan zikir – tahlil, takbir dan tahmid, tilawah al-Quran, doa, bersedekah, menunaikan ibadah haji juga melakukan ibadah korban, berdakwah serta pelbagai amal soleh yang lain.

5.  Rebutlah peluang melakukan pelbagai amalan sunat menjelang Awal Zulhijjah. Kita mulakan dengan amalan puasa sunat Isnin atau Khamis atau paling tidak 9hb (puasa sunat hari Arafah) di samping perbanyakkan zikir dengan kalimah tahlil, tahmid dan takbir.


7 Jun 2024  |  29 Zulkaedah 1445  |  Jumaat

💝

Dapat Baju T dan Kemeja Korporat Free

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alhamdulillah.  Dapat lagi Baju T dan Kemeja Korporat Free.  Terima kasih kepada yang berusaha untuk mendapatkannya dan juga kepada yang berusaha menyerahkannya.

Baju T

Baju T berlengan panjang.  Suka warnanya, jarang jumpa dan memang tiada dalam koleksi lagi.  Saiznya memang dah sesuai.  Disebabkan baju ini bukan sejenis muslimah maka perlu cari extender.  Tak nak extender macam skirt, tapi perlu cari kain yang warna sama atau hampir sama dan sambung jahit terus.  Itulah Sis.


Kemeja Korporat

Kemeja ini juga dari warna yang jarang Sis jumpa.  Cutting cantik.  Seperti biasa juga, disebabkan cutting standard makanya perlu diusahakan sesuatu supaya dapat pakai dengan selesa.  Jika tidak dibuat sesuatu... maka baju ini akan tersimpan rapi dalam almari.

Terima kasih sekali lagi.  Apa pun komen sis mengenai baju ini bukanlah kerana tidak berterima kasih atau tidak bersyukur.  Komen ini adalah kerana Sis nak pakai tetapi mengikut apa yang Sis selesa tanpa menyusahkan orang.  


💖 Terima kasih.

Carian