Pengikut Setia

03 September 2021

Inilah Keutamaan Bersedekah Pada Hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Inilah Keutamaan Bersedekah Pada Hari Jumaat



Ibnu Qayyim mengatakan, "Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan sedekah [ada enam hari lainnya laksana sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya". 

Hadis dari Ka'ab menjelaskan:  "Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya (Mauquf Shahih)



Keutamaan Sedekah
Keutamaam sedekah pada hari Jumaat



Jom kita lipat gandakan sedekah pada hari Jumaat.

Semoga bermanfaat.



02 September 2021

10 Pesanan Elak Alpa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 Pesanan Elak Alpa


Dalam kehidupan seharian kita banyak perkara yang kita lakukan.  Sama ada untuk diri sendiri atau pun untuk orang sekeliling.  Namun ada ketika kita alpa dan lupa dalam melaksanakan tanggungjawab kita yang hakiki.


(gambar hiasan)


Berikut ada 10 pesanan buat diri yang alpa dari Imam Hassan Al-Banna:


1-  Sekiranya terdengar azan, maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

2-  Perbanyakkan tilawah al-Quran, selalu membuka kitab-kitab untuk menambah ilmu, pergi ke majlis-majlis Ilmu, perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

3-  Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul (fushah) kerana Bahasa Arab yang betul adalah lambang (syiar) Islam.

4-  Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

5-  Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

6-  Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7-  Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8-  Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9-  Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan (At Ta'aruf) dan berkasih-sayang (Al Hubb).

10-  Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Semoga pesanan ini membawa manfaat buat kita semua.  Tidak dapat buat satu jangan tinggal semua.


SEMOGA BERMANFAAT 🥰

01 September 2021

Selamat Datang September

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Datang September


Telah berlalu 31 hari yang lepas adalah bulan Ogos.  Kini tiba pula giliran September, bulan ke sembilan dalam tahun masehi.  Sudah hampir ke penghujung tahun rupanya.  berbaki lagi 3 bulan bagi mengakhiri tahun 2021, Oktober, November dan Disember.  Banyak perkara yang berlaku sepanjang 31 hari lepas.  Debaran demi debaran sehingga terjawab segala persoalan.  Tidak semua yang berlaku itu pernah kita alami pada hari-hari yang terdahulu pada bulan yang terdahulu.

Semoga kehadiran September kali ini membawa khabar gembira, menghilangkan segala duka.  Setiap kebahagiaan yang kita impikan In shaa Allah bakal menjadi kenyataan.  Telah banyak sudah berita duka menyelami hayat kita.

Semoga kehidupan kita sepanjang September ini sentiasa dikelilingi kebahagian, dimudahkan segala urusan yang baik dan dikurniakan kesihatan serta kekuatan.



Hari baru, bulan baru, semangat baru.
Semangat baru yang lebih baik dari yang dahulu.
Semangat yang lebih kuat, lebih cekal dan lebih gagah serta gigih.

Terima kasih Ogos, Selamat Datang September.



Carian