Pengikut Setia

03 Mei 2021

Bila keinginan terlalu banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bila keinginan terlalu banyak


Keinginan kita terlalu banyak.  Ada yang sekadar terlintas di fikiran tidak terucap bila difikirkan semula kesannya dan kesanggupan kita berhadapan dengan keinginan yang macam-macam.,,, dan ada juga yang terucap kerana kita yakin kita mampu capai. Namun tak semua yang kita inginkan mampu kita capai tanpa izinNya.




Allah memerintahkan para hamba-Nya untuk bertaubat, kerana taubat wajib dilakukan setiap saat. 

Allah ta’ala berfirman,

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١

“Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An Nuur ayat 31).

Jangan pula taubat tersebut hanya dilakukan di bulan Ramadhan sementara di luar Ramadhan kemaksiatan kembali digalakkan.

Ingat! Ramadhan merupakan momentum ketaatan sekaligus madrasah untuk membiasakan diri beramal soleh sehingga jiwa terdidik untuk melaksanakan ketaatan-ketaatan di sebelas bulan lainnya.

Petikan:  quotephotovideo




02 Mei 2021

10 Malam akhir RAMADHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 Malam akhir RAMADHAN


Hari ini telah masuk hari ke 20 kita berpuasa Ramadan, makanya 10 malam terakhir sudah bermula.  Kita disarankan untuk banyakkan doa dan hajat kita yang baik-baik.  Minta dengan bersungguh-sungguh pada Allah.

Bangun menangis dekat Allah pada satu pertiga malam, lebih baik sebelum bersahur.  Kita sentiasa diingatkan bahawa Allah akan makbulkan doa hambanya pada malam Lailatul Qadar.  Semoga kita berjumpa malam Lailatul Qadar pada tahun ini dan pada tahun-tahun akan datang.

Jaga hati, jaga iman, jaga akhlak kita.  Peluang datang hanya sekali.  Tahun depan ada umur ke tidak.

Jadi jom kita sama sama hidupkan malam dengan ibadat.  Semoga kita semua dijodohkan dengan malam ini.

Ya Allah bangkitkan kami pada malam Lailatul Qadar. 


10 Malam akhir RAMADHAN


Jom kita perbanyakan doa ini


اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

1. Allahumma
2. Innaka
3. 'Afuwwun
4. Tuhibbul
5. 'Afwa
6. Fa'fu 'Anni

Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

Ditakdirkan kita berjumpa dengan malam Lailatul Qadar, inilah antara doa yang tidak harus ditinggalkan.


Terima kasih.  10 Malam akhir RAMADHAN



01 Mei 2021

Perkara yang disukai pada bulan Mei

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perkara yang disukai pada bulan Mei



Mei, bulan ke-5 pada setiap tahun masehi.  Selamat datang Mei 2021.  Sungguh rasa tak percaya seperti baru saja melangkah masuk ke tahun 2021... dah tiba bulan Mei.  Semoga kehadiran bulan Mei pada tahun ini membawa rahmat dan kesejahteraan buat semua.  Banyak sebenarnya yang menarik pada bulan Mei ini bukan sahaja kerana ianya adalah bulan rasmi kelahiran saya 😍


Mei 2021



Pandangan metafizik mengenai kelahiran bulan Mei


Orang yang lahir pada bulan Mei dipercayai mempunyai sifat keras hati dan degil selain dari itu kuat semangat dan bermotivasi tinggi.

Mempunyai pemikiran tajam, mudah marah jika tidak dikawal namun pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian.  Insan mei juga mempunyai perasaan yang sangat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal serta tidak perlu dimotivasikan.

Kelahiran bulan Mei juga mempunyai pendirian yang tetap tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain selain dari mudah dipujuk dan bersikap sistematik (menggunakan otak kiri).

Suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain adalah kelebihan pada insan yang lahir pada bulan Mei.

Sayangnya mereka mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan serta daya khayalannya tinggi

Kehebatannya juga adalah mempunyai pemikiran yang tajam, pandai berdebat. bentuk fizikal yang baik, suka sastera, seni, muzik dan melancong serta tidak berapa suka duduk dirumah dan tidak boleh duduk diam.

Mungkin juga tidak punya ramai anak, namun rajin dan bersemangat tinggi.

Tidak keterlaluan juga, mereka ini agak boros.

#nota:  Catatan di atas hanya sebagai sandaran dan tidak seharusnya dipercayai 100%.  Mana-mana kekurangan yang kebetulan ada boleh juga dijadikan sebagai sempadan untuk berhadapan dengan situasi sebenar.


Hari Pekerja


Mei juga dimulai dengan sambutan Hari Pekerja.  Tahun ini, 1 Mei jatuh pada hari Sabtu....makanya kita bercuti seperti biasa dan tiada cuti gantian pada hari Isnin.

Hari Pekerja 2021


Kerja dengan amanah kerana kita hendak Allah tengok ikhlas dan jujurnya kita dalam mencari rezeki,  bukan sebab kita mahukan penghargaan dari majikan semata.  Kita buat kerana Allah, kita akan lebih rasa tenang dan seronok dalam suasana bekerja, berbanding kita buat kerana manusia hidup kita akan terus tertekan sepanjang hayat sebab penat dan lelahnya dalam mencari rezeki.

Rezeki bukan untuk di cari tetapi rezeki perlu di jemput.


Peristiwa lain pada bulan Mei akan dikongsikan bila tiba masanya.  








Carian