Pengikut Setia

16 April 2021

30 minit sebelum berbuka puasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


30 minit sebelum berbuka puasa


Berkongsi pesanan untuk diri sendiri.  Sebaiknya 30 minit sebelum berbuka puasa, kita dalam keadaan bersedia, bersihkan diri, berwuduk dan berpakaian bersih serta siapkan segala keperluan seadanya dan semampunya.

30 miniti sebelum tiba masa berbuka puasa:

1. 10 min pertama,  Baca kitab 40 hadith atau selainnya

2. 10 min ke-2, Zikrullah

3. 10 min ke-3, Doa (Apa saja untuk setiap ahli keluarga / sesiapa)



Ramadan


Sehingga tiba waktu berbuka


Berbuka sekadarnya saja dahulu, terus tunaikan solat maghrib berjemaah.

Ibu-ibu hebat tercinta; siapkanlah JUADAH berbuka lebih awal dan tinggalkanlah dapur menjelang waktu berbuka.

Pilihlah yang jauh lebih bermanfaat (Ilmu, Zikrullah, Doa yang tidak ditolak)

Doa untuk seluruh ahli keluarga tercinta / yang tersayang pada Ramadhan tahun ini In sha Allah.

Boleh juga jika kita lakukan semua ini sewaktu mengadap hidangan untuk berbuka.

Berhenti menyibukkan diri dengan urusan di dapur, sebaliknya peruntukkan masa untuk merebut peluang berdoa di waktu mustajab doa ini.

Nampak sukar tapi tidak mustahil.  Lama kelamaan, ia akan menjadi satu kebiasaan yang janggal untuk kita tinggalkan.

Sama-sama mohon kekuatan dari Allah untuk berusaha semampunya dan istiqamah demi mendapatkan Ramadhan Terbaik tahun ini...In sha Allah.

Bersama kita cuba sedaya upaya untuk berubah ke arah yang lebih baik.


Kalau tak mampu setengah jam, mungkin boleh bermula dengan 10 atau hatta 5 minit dulu sebelum berbuka.

Betapa waktu sebelum berbuka ini amat mustajab doanya.

Justeru, jom kita berusaha seupaya mungkin untuk merebut tawaran dari Allah; rugilah jika sebaliknya.


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞


Terima kasih, 30 minit sebelum berbuka puasa.

Salam Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salam Jumaat


Manfaatkan sebaiknya bulan Ramadhan kali ini, bimbang ini Ramadhan yang terakhir buat kita.

Sehari umur bertambah, sehari kematian menghampiri kita.


Salam Jumaat

Jumaat 4 RAMADHAN 1442H


Selamat BERPUASA

Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadhan. Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan dan jangan jadikan puasa kami hanya sekadar lapar dan dahaga.

Aamiin.


Terima kasih.  Salam Jumaat




15 April 2021

Prinsip Hidup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Prinsip Hidup



Prinsip Hidup


Prinsip hidup ala Ali bin Abi Thalib⁠

Jangan membenci siapapun⁠
Hiduplah dengan rendah hati⁠
Berfikiran positif⁠
Memberi yang banyak⁠
Jaga silaturahmi⁠
Jangan pernah berhenti berdoa⁠

InsyaAllah, kita mampu peroleh keberkahan hidup kita.

Wallahu a'lam.

Terima kasih, Prinsip Hidup




Carian