Pengikut

16 April 2021

30 minit sebelum berbuka puasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


30 minit sebelum berbuka puasa


Berkongsi pesanan untuk diri sendiri.  Sebaiknya 30 minit sebelum berbuka puasa, kita dalam keadaan bersedia, bersihkan diri, berwuduk dan berpakaian bersih serta siapkan segala keperluan seadanya dan semampunya.

30 miniti sebelum tiba masa berbuka puasa:

1. 10 min pertama,  Baca kitab 40 hadith atau selainnya

2. 10 min ke-2, Zikrullah

3. 10 min ke-3, Doa (Apa saja untuk setiap ahli keluarga / sesiapa)



Ramadan


Sehingga tiba waktu berbuka


Berbuka sekadarnya saja dahulu, terus tunaikan solat maghrib berjemaah.

Ibu-ibu hebat tercinta; siapkanlah JUADAH berbuka lebih awal dan tinggalkanlah dapur menjelang waktu berbuka.

Pilihlah yang jauh lebih bermanfaat (Ilmu, Zikrullah, Doa yang tidak ditolak)

Doa untuk seluruh ahli keluarga tercinta / yang tersayang pada Ramadhan tahun ini In sha Allah.

Boleh juga jika kita lakukan semua ini sewaktu mengadap hidangan untuk berbuka.

Berhenti menyibukkan diri dengan urusan di dapur, sebaliknya peruntukkan masa untuk merebut peluang berdoa di waktu mustajab doa ini.

Nampak sukar tapi tidak mustahil.  Lama kelamaan, ia akan menjadi satu kebiasaan yang janggal untuk kita tinggalkan.

Sama-sama mohon kekuatan dari Allah untuk berusaha semampunya dan istiqamah demi mendapatkan Ramadhan Terbaik tahun ini...In sha Allah.

Bersama kita cuba sedaya upaya untuk berubah ke arah yang lebih baik.


Kalau tak mampu setengah jam, mungkin boleh bermula dengan 10 atau hatta 5 minit dulu sebelum berbuka.

Betapa waktu sebelum berbuka ini amat mustajab doanya.

Justeru, jom kita berusaha seupaya mungkin untuk merebut tawaran dari Allah; rugilah jika sebaliknya.


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞


Terima kasih, 30 minit sebelum berbuka puasa.

2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.