Pengikut Setia

10 Ogos 2020

Berjaya juga tukar template blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Berjaya juga tukar template blog


Alhamdulillah, berjaya juga menukar template blog dengan bantuan rakan blogger.  Pernah beberapa menukar sendiri template blog tetapi tidak berjaya.  Dalam beberapa kali percubaan berkenaan pernah juga terasa blog seperti telah di'block'.  Lansung tak tak ingat dan tak tahu nak buat apa, lama juga menyepi sambil mencari penyelesaian.  Sudahnya kembali kepada template asal.  Akibat daripada pertukaran template itu jugalah beberapa fungsi blog telah hilang atau mungkin juga kerana kesilapan dalam koding... maklumlah tak mahir.  Apa yang penting walaupun blog tak berapa stabil, masih juga boleh beroperasi dengan seadanya.


Gambaran template baru

Berikut adalah paparan ringkas blog Zarida Ishak.  Biar ringkas asal mudah difahami dan senang nak ingat.


Atas


Tengah


Tengah juga


Masih adalah lagi 'pengaki' atau footer dibawahnya, tetapi tidak dipaparkan di sini.

Sementara nak mendapatkan wajah template ini, hampir juga saya menyerah kerana tidak berapa suka dengan beberapa perkara.  Seperti biasalah perkara baru kita perlu hadam dan terima dengan hati yang terbuka.  Akhirnya jadilah seperti yang dilihat sekarang.

Semoga dengan template baru ini, blog ini akan menambah impak positif dan x-faxtor kepada saya.  Kenapa?  Kerana template baru ini ada beberapa kelebihan dari template asas yang asal. 

Namun, kemungkinan akan ada juga perubahan ke atas paparan dan pengisian blog ini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan dan keperluan lain yang difikirkan perlu.  Buat masa ini, saya perlu hadam dan sayang dengan template ini.  Sudah tentu saya sayang dengan blog saya... walaupun nama asalnya telah berubah.  Nanti saya cuba ceritakan bagaimana saya menukar nama blog ini dari nama pertamanya.

Terima kasih atas sokongan semua sehingga saya Berjaya juga tukar template blog.







06 Ogos 2020

Memang ada harinya kau akan terasa hari yang teruk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Memang ada harinya kau akan terasa hari yang teruk


Memang ada harinya kau akan terasa ada hari yang teruk atau Bad Day,  di mana segala apa yang kau lakukan, ianya tidak menjadi.  Segalanya bermula boleh jadi pada waktu pagi ketika bersiap atau lebih awal lagi ketika mandi.  Dari mana punca dan mula juga tidak dapat dikenalpasti.  Boleh jadi kerana 'angin' sendiri atau boleh jadi berpunca dari mimpi malam tadi yang tak dapat nak dihuraikankan.  Segalanya seperti tidak kena dan tidak sesuai.




Cara yang terbaik adalah cepat-cepat istighfar dan muhasabah diri.  Dengan cara ini hari yang 'teruk' itu mungkin tidak akan hilang tetapi kita akan rasa lega sikit dan terasa kuat untuk menempuh hari yang 'teruk'.

Cubalah...


Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.  Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.

#KitajagaKita
#PrayertoremoveCovid19
#KitajagaIman



Bilamana kita melihat kepada awan yg berarak, langit yg membiru, rumput yg menghijau, pepohon yg melambai maka lantas akan teringat akan kekuasaan dan kehebatan Allah.




Lihat kejadian langit dan bumi




Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 190-191 yg bermaksud:

“Sesungguhnya pada kejadian langit, bumi dan peredaran malam siang adalah sebagai tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. Mereka yang mana mengingati Allah dalam keadaan mereka berdiri, duduk, dan baring. Dan mereka memikirkan pada kejadian langit dan bumi lalu mereka mengatakan Wahai Tuhan kami sesungguhnya tidak engkau lakukan semua ini sia-sia, maha suci Engkau maka jauhkan kami daripada azab api neraka.”

Lihatlah alam ini nescaya kita akan merasakan kerdilnya kita di hadapan Allah.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yg mana mengingati Allah dalam setiap keadaan.

Justeru dengan kita merenung penciptaan langit dan bumi, peredaran siang dan malam akan mendekatkan diri kita kepada Allah.

Kebesaran Allah akan meresap masuk dalam jiwa kita.

Maka hilanglah segala kebesaran dunia, harta pangkat, wang berjuta semuanya tenggelam dek kehebatan Allah.



Doa anak yang soleh




 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.


Terima kasih.  Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga

Carian