Berjaya juga tukar template blog
Alhamdulillah, berjaya juga menukar template blog dengan bantuan rakan blogger. Pernah beberapa menukar sendiri template blog tetapi tidak berjaya. Dalam beberapa kali percubaan berkenaan pernah juga terasa blog seperti telah di'block'. Lansung tak tak ingat dan tak tahu nak buat apa, lama juga menyepi sambil mencari penyelesaian. Sudahnya kembali kepada template asal. Akibat daripada pertukaran template itu jugalah beberapa fungsi blog telah hilang atau mungkin juga kerana kesilapan dalam koding... maklumlah tak mahir. Apa yang penting walaupun blog tak berapa stabil, masih juga boleh beroperasi dengan seadanya.
Gambaran template baru
Berikut adalah paparan ringkas blog Zarida Ishak. Biar ringkas asal mudah difahami dan senang nak ingat.
Atas
Tengah
Tengah juga
Masih adalah lagi 'pengaki' atau footer dibawahnya, tetapi tidak dipaparkan di sini.
Sementara nak mendapatkan wajah template ini, hampir juga saya menyerah kerana tidak berapa suka dengan beberapa perkara. Seperti biasalah perkara baru kita perlu hadam dan terima dengan hati yang terbuka. Akhirnya jadilah seperti yang dilihat sekarang.
Semoga dengan template baru ini, blog ini akan menambah impak positif dan x-faxtor kepada saya. Kenapa? Kerana template baru ini ada beberapa kelebihan dari template asas yang asal.
Namun, kemungkinan akan ada juga perubahan ke atas paparan dan pengisian blog ini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan dan keperluan lain yang difikirkan perlu. Buat masa ini, saya perlu hadam dan sayang dengan template ini. Sudah tentu saya sayang dengan blog saya... walaupun nama asalnya telah berubah. Nanti saya cuba ceritakan bagaimana saya menukar nama blog ini dari nama pertamanya.
Terima kasih atas sokongan semua sehingga saya Berjaya juga tukar template blog.
Tahniah
BalasPadamSAYA MOHON BANTUAN RAKYAT MSIA
BalasPadam• Assalamualaikum.saya mencari perawat yang boleh membuang wali/penjaga di badan pesakit, bahagian utama pesakit telah dikunci nak dipulihkan dengan segera.Lokasi Pasir Mas kelntn.Berulang alik jumpa bomoh dan ustaz namun belum ada yang serasi.Jika saudara tahu dimana tempat rawatan yang berkesan, tolong mesej alamat/tel.no.kepada saya :
• Tubuhsatu@gmail.com
Ammi pun baru je tukar template. Pening gak sebab bukan bidang kita kan bab2 coding bagai. Tapi takpe..kita belajar sampai dapat
BalasPadam