Pengikut Setia

22 Julai 2020

Tahap ujian mengikut rezeki pemiliknya

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.


Tahap ujian mengikut rezeki pemiliknya



Kita sering kali membandingkan ujian yang kita terima dengan ujian orang lain, sehingga kita terlupa hikmah ujian.


Sekarang sama-sama kita cari di mana yang terkait dengan diri kita  berdasarkan petikan dibawah

🌹Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.

🌹Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

🌹Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.

🌹Orang yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain. 

🌹Orang yang  kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.

🌹Orang yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

🌹Orang yang merasa hidupnya susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.

🌹Orang yang senang pula Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

🌹Orang yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.

🌹Orang yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.
🌹Orang yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

🌹Orang yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

🌹Orang yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi. 


Maka, tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah.


Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat. 

Sentiasa ingat dan insaf bahawa:

🌹Setiap pilihan yang kita ambil adalah ujian.

🌹Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian.

🌹Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian.

🌹Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian.

🌹Setiap pujian juga adalah ujian.

🌹Setiap kejian juga adalah ujian.


Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.  Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Semoga bermanfaat.  Tahap ujian mengikut rezeki pemiliknya

Wordless Wednesday | Salam Zulhijjah 1441

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Wordless Wednesday | Salam Zulhijjah 1441



7 tips kurangkan sikap bertangguh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




7 tips kurangkan sikap bertangguh




Kenapa kita suka bertangguh satu-satu kerja? Sebabnya, Matlamat kita tak jelas!

Untuk mengatasi sikap bertangguh, kita perlu lakukan sesuatu supaya sikat itu tidak mengganggu masa depan kita.  Memang sukar untuk tukar sikap kita, tetapi kita perlu berusaha untuk mengubah kepada sesuatu yang lebih baik.

Mari kita sama-sama hati tips untuk mengatasi sikap bertangguh.  Tak dapat buat semua jangan tinggal semua.  Sekurang-kurangnya ada sesuatu dari tips berikut yang mampu kita lakukan.


1) Pilih apa yang kita nak dalam kehidupan.   Contoh : Buatlah sasaran yang jelas seperti apa yang kita nak capai dalam tempoh 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan seterusnya.


2) Tulis atas kertas! Jangan biarkan dalam otak.  Bila ditulis, kita akan baca dan nampak setiap masa.  Sebaiknya tulis dengan terang dan tampal di lokasi yang senang kita nampak.


3) Tetapkan tarikh untuk capai matlamat.  Tarikh biar terang,


4) Senaraikan tindakan-tindakan untuk capai matlamat yang ingin kita capai.


5) Susun tindakan itu mengikut keutamaan.


6) Buat tindakan serta merta!


7) Jangan buat benda lain selain dari apa yang kita nak buat


Sebab, ini adalah salah satu tindakan yang akan bantu kita untuk capai apa yang kita nak.  Bila sudah buat semua senarai ini jangan hilangkan, baca dan tengok setiap hari, lagi bagus tampal dekat dinding pintu bilik kita, bila keluar kita nampak barulah kita sentiasa ingat dan akan masuk dalam minda bawah sedar kita.


Semoga bermanfaat ! 😍  7 TIPS KURANGKAN SIKAP BERTANGGUH 

Carian