Pengikut Setia

10 Julai 2020

Biarlah Rahsia kita saja yang tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Biarlah Rahsia kita saja yang tahu



HANYA ALLAH DAN DIRI KITA SAHAJA TAHU APA AIB KITA.. 





Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
(An-Nisaa - 40)


Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Al-Zalzalah - 7)


Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Al-Zalzalah - 8)

💝💝💝💝💝


Terima kasih.  Biarlah Rahsia kita saja yang tahu

.

09 Julai 2020

Tukar Prop Untuk Nampak Cantik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tukar prop untuk nampak cantik



Minggu lepas yang dah berapa kali lepas terfikir nak tukar prop untuk letak bahan masakan.  Nak tukar prop sebab nak bagi nampak cantik dan berseri bila post dalam instagram atau blog.  Macam kelakar juga lah tapi tiada siapa pun kesah apa yang Sis buat.  Sebab semasa Sis di dapur tiada siapa boleh ganggu dan usik.  Masa di dapur adalah 'me time'. 😍

Selama ini pun tiada siapa di rumah yang pernah tegur prop Sis.   Tak pasti kenapa mereka tak berani tegur atau sebab malas nak tegur.  Tegur tidak puji pun tidak. Sedih?  Tidak lah... banyak masa kat dapur bercakap sendiri (dalam hati) dengan pinggan mangkuk dan periuk belanga.  Sesekali bila masa kdengan Encik Suami barulah Sis bercakap.


Prop masakan
Prop masakan

Ini Prop Masakan yang sis maksudkan.  Selalu guna pinggan bulat Tupperware warna merah kali ni tukar kepada pinggan bujur melamine... kalau tak silap hadiah kahwin 25 tahun lepas. Lama juga tak digunakan, daripada tersimpan dalam gerobok tanpa diusik baik kita jadikan prop masakan.




Dan, inilah hasilnya.  Senang nak longgok bahan yang banyak-banyak tu dalam satu tempat.  Tak perlu guna banyak bekas.  Sesuai untuk bahan kering saja, Sis terlupa nak letak santan kotak.

Nak tahu bahan ni untuk masak apa?  
Sis sedang susun cerita dan masa yang sesuai.
Tunggu ya

Sehingga itu terima kasih atas kesudian singgah dan tinggalkan jejak di sini, Tukar Prop Untuk Nampak Cantik.

.


08 Julai 2020

Halangan dan masalah diatasi dengan berdoa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Halangan dan masalah diatasi dengan berdoa


Hampir sahaja kehilangan arah, Alhamdulillah dikurniakan kekuatan untuk melakarkan sesuatu di blog ini setelah beberapa tersepi tanpa sengaja.  Kekuatan ini datang setelah adanya masa senggang yang secebis untuk berkongsi rasa dengan pembaca blog ini.

Kehidupan yang penuh ranjau ini, kita tidak terkecuali berdepan dengan halangan serta masalah yang kadangkala boleh melemahkan keyakinan dan kesungguhan. Kita rasa hilang punca, kita rasa kosong serta pedoman hidup lebih-lebih lagi bila saat kehilangan pekerjaan.


Ucapan ketika sedih
Ucapan ketika sedih


Sering kali juga kita dinasihatkan sebelum memulakan sesuatu urusan seperti berdepan dengan bos, proses temu duga atau apa sahaja yang berkaitan dengan pekerjaan, moleklah kiranya kita memohon doa agar dipermudahkan segala urusan yang dikehendaki. 

Kita digalakkan meminta apa sahaja kepada Allah dengan bahasa yang mudah. Walaubagaimanapun kita perlu menunjukkan kesungguhan melalui usaha mencari ayat doa yang sesuai memenuhi kehendak hajat.


Serangkai Doa Nabi Musa Untuk Kebaikan Pekerjaan Dan Jodoh

"Rabbi, inni lima anzalta ilayya min khairin faqir."

Ertinya:
“Ya Tuhanku, sungguh aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

Doa ini sangat ringkas tetapi padat dan mendalam maknanya.
Amalkanlah membaca doa ini sebanyak mungkin.
Yang menarik lagi, doa ini tidak tertumpu kepada rezeki semata-mata, 
ia juga untuk individu dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.


Mari kita sama-sama amalkan Doa Nabi Musa ini.. Surah Al-Qisas (Ayat 24), 
walau pendek namun memiliki manfaat yang sangat besar. 
Sesungguhnya Allah adalah tempat kita semua bergantung. 


Mengapa perlu meminta-minta kepada manusia 
sedangkan kita ada Allah Yang Maha Berkuasa sebagai tempat mengadu. 
Berdoalah dengan penuh perhatian, tawakal dan yakin kepada Allah.


Selamat Beramal!


Dan satu lagi dengarlah berkali-kali wahai sahabat..

Pasti hati yang selama ini keras akan mengalir air Mata 
akhirnya bilamana ia sedar siapa diri yang sebenar...

Itulah diri kita yang penuh kefakiran..
TIADA APA-APA.


Terima kasih krana sudi membaca entri Halangan dan masalah diatasi dengan berdoa.

💝

Carian