Pengikut Setia

21 Jun 2020

[Selamat Hari Bapa] Setelah ada anak lelaki dan anak perempuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Setelah ada anak lelaki dan anak perempuan


Alhamdulillah, anak sulung saya Allah beri seorang lelaki
Jujur saya akui
Setelah sekian lama mengharap dan berdoa
Masa yang berlalu dirasakan terlalu lama
hampir saja rasa kosong
namun masih juga mengharap dan segera sedar sepenuhnya
kerana doa dan harapan itu pemilik makbulnya ada Allah



Masa pertama kali mengetahui dalam rahim ini ada penghuni
Sungguh tidak percaya namun yakin doa itu telah dimakbulkan
Lantas segera mengharap agar penghuni itu seorang lelaki 
yang kelak merupakan anak soleh dan penjaga maruah keluarga dan agama
Besar sungguh pengharapan
Hari-hari yang berlalu itulah pengharapan yang dipanjatkan

Setelah lahirnya insan suci itu
Terasa sungguh semangat seorang ibu
Cabaran yang dilalui diharungi dengan sabar
Kerana itulah pengharapan dan doa yang sering dialunkan dahulu

Mak sentiasa pesan,
Ada anak jangan ambil mudah
Jangan buat tak endah
Tanggungjawab nya berat
Tugasnya tak kurang besar
Jaga anak baik-baik didik elok-elok

Tidak berapa lama
adik perempuannya pula menyusul
Terasa sungguh luar biasa
Ada anak lelaki dan perempuan
Sudah lengkapkah hidup berumahtangga

Mak berpesan lagi,
Ada anak perempuan jaga elok-elok
perempuan tak sama dengan anak lelaki
Tanggungjawabnya juga berat
lebih berat lagi dari jaga anak lelaki

Bila ada anak perempuan
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi
Biarpuan ketika kecil harus diajar berpakaian murni
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup
Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan
Ajari mereka pakaian sopan tidak terdedah sana sini
Tidak ketat menonjol
Ajarkan mereka erti malu
Ajari mereka menikmati zaman kanak kanak dengan jiwa murni
bila dewasa mereka mudah mengerti

Bila ada anak perempuan
Didik dengan elok dengan jiwa suci
Usah dibiar tidur sana sini
Ajari mereka tidur setempat di dalam bilik
Biar selamat dari angkara
Bahayanya ada dimana mana
Jangan percaya kepada sesiapa

Bila ada anak perempuan
Sentiasa temani mereka
Santuni mereka dengan elok
Biar kita susah hari ini
Dari menangis dikemudian hari

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka tentang harga diri
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri
Kerena diri mereka sangat berharga

Bila ada anak perempuan
terangkan kepada mereka urusan wanita
biar berperingkat ikut usia
biar mula dari awal
Usah malu untuk memberi ilmu
Bimbang mereka cari di tempat salah

Bila ada anak perempuan
Pilihlah rakan untuk mereka
Kenali siapa kawan mereka
Rakan yang baik atau pemusnah
Biar rakan bawa ke syurga bukan bawa ke neraka
Mampukah kita
In shaa Allah, semoga dipermudahkan Allah

Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa bilik dan beg mereka
Apa yang dikongsi apa yang ditulis
Ambil tahu kerana kita peduli

Bila tiba saatnya mereka bakal hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik
Jagalah maruah diri
Jagalah maruah keluarga
Ingat sentiasa pesanan kita

Biarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadid

Bila ada anak perempuan
Berdoalah,
Mohon dijaga kehormatan diri mereka
Mohon dijaga keselamatan mereka
Moga moga Allah jaga dan lindung...

.....
Perkongsian semula sempena Hari Bapa 2020

Terima kasih.

.

19 Jun 2020

Mengapa Solat Taubat kena buat selalu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa Solat Taubat kena buat selalu



Solat taubat Kena buat selalu sampai hati tu rasa lapang.  Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati rasa seronok.  Tidak mahu ulang lagi dosa-dosa lama. In shaa ALLAH itulah tanda taubat kita ALLAH dah terima.

Solat ni elok buat waktu malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.


Kaedah Solat Taubat


Bersihkan diri. Ambil wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Istighfar pendek.
Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu betul-betul tenang.

Niat. 
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]

Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun (1 kali)
(Kalau belum hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas)

Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas (1 kali)
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
(Bacalah 10 kali atau 20 kali atau 30 kali)

Waktu dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dalam keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..
Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit..

AstaghfiruLLaHhal'adziim /
AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.

Baca seberapa banyak yang kita nak.  Baca sampai hati rasa lemah.
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.  Bila berdo'a, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..

Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dalam bahasa Melayu.  Luahkan apa yang terbuku dalam hati.  Menangislah.  Merayulah.  Mohon ALLaH ampunkan dosa kita.  Bayangkan kita cuma ada satu saja peluang nak mintak ampun dengan ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?

Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa Melayu pun boleh.

Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;

Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar

Kemudian. duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.

Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat

Kredit: Fb Nasihat Ustaz Kazim Elias

Terima kasih

18 Jun 2020

ZIKIR TERBAIK BILA TERJAGA TENGAH MALAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




ZIKIR TERBAIK BILA TERJAGA TENGAH MALAM




لا إله إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ،
 لَهُ الْمُلْكُ ولهُ الْحَمْدُ وهُوَ على كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ،
 الحمدُ للهِ، وسبحانَ اللهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أَكْبَرُ،
 ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللهِ

[Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syain qodiir. Alhamdulillah wa subhanallah, wa laa ilaha illallah, wallahu akbar, wa laa hawla wa laa quwwata illa billah]





Segala puji bagi Allah Tiada sembahan yang benar kecuali Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia maha mampu atas segala sesuatu, segala puji bagi Allah, maha suci Allah, tiada sembahan yang benar kecuali Allah, Allah maha besar, serta tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah, 


Kemudian baca:

اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي
“Ya Allah, ampunilah (dosa-dosa)ku“, 

atau boleh berdoa apa sahaja  maka akan dikabulkan doa, jika kita  berwudhu' dan mendirikan solat maka akan diterima solatnya.



Carian