Pengikut Setia

07 Disember 2017

Giveaway Bulan Cinta by Dilah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Bulan Cinta by Dilah


Alhamdulillah, masih berkesempatan menyertai giveaway.  Giveaway kali ini bertajuk Giveaway Bulan Cinta by Dilah.  Macam best jer kan... beruntung bila ada rakan blogger yang sambut annirversary bulan Disember.  Untunglah kita sebab bila dia buat giveaway kita join saja.  Sebagai menghargai usahanya dan meraikan ulangtahun juga 😍😍😍

Macam syok sendiri jer intro untuk entri ini kan... hehehe

Okey... sebelum korang bosan dengan celoteh akak jom kita tengok ada ada dengan Giveaway Bulan Cinta by Dilah.


Giveaway Bulan Cinta by Dilah

Giveaway Bulan Cinta by Dilah


Klik banner di atas untuk turut serta memeriahkan bulan cinta.

Giveaway Bulan Cinta by Dilah dijadualkan tamat pada 31 Disember 2017.

Berikut adalah hadia Giveaway Bulan Cinta by Dilah:

>> 2 org x G&H PROTECT+ Deodorant & Anti-Perspirant Roll-On (100ml) <<  [Deodorant ini boleh tahan 6 bulan ke 10 bulan tau.. sangat menjimatkan]

>> 2 org x Survenir << [Ole-ole dari percutian]

So, apa lagi. Bukanlah hadiah sebagai rebut tetapi persahabatan dan sokongan yang penting.  Tetapi kalau dah rezeki nak dapat hadiah... nak kata apa kita terima saja. hahahaha.

Jom ramai-ramai kita meriahkan giveaway ini.


Terima kasih atas sokongan semua untuk entri ini, Giveaway Bulan Cinta by Dilah.
szi 😍😍😍

PEMENANG CONTEST POLICYSTREET BY EMAS PUTIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PEMENANG CONTEST POLICYSTREET BY EMAS PUTIH



Alhamdulillah.  Syukur dan terima kasih tidak terhingga kepada penganjur CONTEST MENANG WANG TUNAI RM1100 BY PH X EMAS PUTIH.  Penyertaan blog SZ dalam contest ini biarpun tidak seberapa tetapi mendapat perhatian dari pihak penganjur.  Entri penyertaan untuk contest ini bukan sekadar 'salin dan tanpal' tetapi perlu juga dibuat olahan mengikut kreativiti peserta.  Dengan sedikit pengetahuan yang tidak seberapa SZ cuba olah sedikit mengikut apa yang terlintas semasa entri berkenaan diterap.

Pada peringkat awalnya, dapat masuk dalam senarai peserta adalah sudah memadai kerana entri SZ untuk contest ini tidaklah sehebat entri peserta-peserta lain.  Namun, memang tipulah kalau tiada cita-cita nak jadi pemenang hanya kerana entri yang tidak seberapa kita perlu pasrah dengan usaha yang telah kita lakukan.

Antara senarai peserta contest

Link entri penyertaan DI SINI
Link pengumuman pemenang contest DI SINI



Senarai pemenang contest

Akhir kata, terima kasih kepada UZU @ Emas Putih atas penganjuran contest ini.  Paling tidak SZ dapat mengenali lebih dekat siapa Prof Hariz.  Sebetulnya menjadi inspirasi atas kegigihan beliau dalam dunia pemasaran atas talian.  Semangat beliau sewajarnya menjadi ikut kepada ramai blogger muda.  Tahniah juga kepada rakan blogger yang telah turut terpilih sebagai pemenang.  Rezeki tidak pernah salah alamat.


Terima kasih kepada semua atas ucapan penghargaan dan kesudian singgah baca entri ini, PEMENANG CONTEST POLICYSTREET BY EMAS PUTIH

szi 💞💞💞

Apa khabar hari ini?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apa khabar hari ini?


Hari ini, Khamis 7 Disember 2017 bersamaan dengan 18 Rabiulawal 1439.  Alhamdulillah pagi ini masih berpeluang meneruskan titipan untuk pembaca blog ini.



Apa Khabar?

Apa Khabar?



Apa khabar Iman mu hari ini?

Apa khabar ibadah mu hari ini?

Apa khabar hafalan al-quran mu hari ini?

Apa khabar hati mu hari ini?

In shaa Allah, semuanya baik-baik sahaja dan semakin baik serta bertambah baik dari semalam.


Terima kasih kera singgah baca titipan entri ini, Apa khabar hari ini?

szi 💛💛💛

Carian