Pengikut Setia

28 November 2017

Semoga hari ini lebih baik dari hari kelmarin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Semoga hari ini lebih baik dari hari kelmarin


Selamat pagi Selasa.  In shaa Allah jadikan hari ini lebih baik dari semalam juga sebagai persediaan untuk hari esok yang lebih baik.





Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, kerana yang menyukaimu tidak perlu itu dan yang membencimu tidak percaya itu.

Teruslah melangkah selama engkau berada di jalan yang baik, meski terkadang kebaikan tidak selamanya dihargai...

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi siapa yang mahu berbuat baik dan berubah ke arah yang lebih baik...

Jika datang kepadamu gangguan, ujian dan dugaan, jangan berfikir bagaimana cara membalas dengan yang lebih pedih, tapi berfikirlah bagaimana cara membalas dengan yang lebih baik.

Teruslah berdoa dan berikhtiar.

Sibukkan diri dalam kebaikan. Hingga keburukan lelah mengikutimu.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄


Terima kasih Semoga hari ini lebih baik dari hari kelmarin

szi 💬💝.

27 November 2017

Ada Apa Dengan Tali Persaudaraan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada Apa Dengan Tali Persaudaraan


Sesuatu yang senang ditulis, mudah difahami tetapi sukar untuk dilaksanakan walaupun ianya adalah sangat mudah!



Andaikata setiap orang mengetahui dengan baik bahaya memutus tali persaudaraan, maka ia akan berupaya sungguh-sungguh menyambung tali persaudaraan itu.


💭szi.  Terima kasih atas kesudian menjenguk entri ini, Ada Apa Dengan Tali Persaudaraan.

Sis Gee First Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sis Gee First Giveaway


Teruja betul dengan semangat rakan blogger kita seorang ni.  Walaupun blognya baru berusia 3 bulan tetapi rajin dan bersungguh-sungguh nak adakan giveaway.  Semoga semangat ini berterusan dan dapat menghasilkan penulisan yang bermanfaat buat semua pembaca. 

Tidak semua blogger yang mampu atau bersemangat nak anjurkan giveaway... termasuk penulis blog ini.  Baru sekali dua buat giveaway atau segmen lepas tu... senyap sunyi 😉  

Jadi, tanpa melengahkan masa mari kita lihat ada apa dengan Sis Gee First Giveaway.

Sis Gee First Giveaway

Sis Gee First Giveaway

HADIAH-HADIAH :

1 x hadiah utama : 

1 Planner 2018 yang comel
1 fridge magnet 
1 keychain
Dimasukkan dalam bloglist



2 x hadiah ke dua
1 Fridge Magnet Penyu
1 Keychain 
Dimasukkan dalam bloglist

10 x blogger bertuah
Dimasukkan dalam bloglist Blog Sis Gee

TARIKH GIVEAWAY :  24 November 2017 - 12 Disember 2017

Okey... untuk menyertai giveaway ini sila klik pada banner di atas bukan pada planner 2018 ekk.


💬Jom ramai-ramai kita berikan sokongan padu kepada rakan blogger kita, Sis Gee First Giveaway

Terima kasih.

Carian