Pengikut Setia

22 November 2017

Belajar Bersabar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Belajar Bersabar




Aku belajar untuk bersabar atas segala persoalan yang sedang ku hadapi, kerana aku percaya, kesabaran itu akan membawaku pada sesuatu yang lebih baik.


Terima kasih kerana sudi Belajar bersabar 😊

21 November 2017

Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com



Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.



Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/



Terima kasih kerana membaca entri ini.  Jom ramai-ramai kita support Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

Jangan lupa cantikkan hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan lupa cantikkan hati


Jangan sampai terlupa cantikkan hati.  Kita mungkin punya wajah yang cantik pada pandangan mata kita, namun sejauh mana kita punya hati yang cantik. 





Sekarang ini, ramai yang bersungguh-sungguh untuk mencantikkan wajah.  Sehingga terlupa untuk mencantikkan hati.

Kita akan ketemu banyaknya lambakan bahan untuk mencantikkan wajah.  Tetapi kita jarang ketemui bahan yang banyak untuk mencantikkan hati.

Allah, terasa kerdil sungguh diri ini bilamana tidak mampu mencantikkan hati sendiri dek kekhilafan diri sendiri.  Semoga kita sentiasa berada dilandasan yang benar dalam usaha mencantikkan hati kita.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Jangan lupa cantikkan hati.
szi 💝

Carian