Pengikut Setia

17 November 2017

Giveway Birthday Month

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveway pertama dari blog irdagarmin


Petang ni nak up entri giveaway pula.  Giveaway dari seorang rakan blogger yang baru dikenali di alam maya melalui seorang blogger lain ketika sesi blogging.  Giveaway pertama dari blog irdagarmin.  Tak banyak yang dapat dikongsikan mengenai blog baru ini sebab SZ baru saja mengenalinya.  Tetapi yang pasti pemilik blog ini seorang yang manis 😉

Nak tengok ada apa dengan giveawy pertama ini?  Jom kita selurusi


Giveaway pertama dari blog irdagarmin.
Giveway pertama dari blog irdagarmin

Nak join giveaway ini? Klik banner di atas.

Giveaway tamat pada  4 Disember 2017.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Giveway Birthday Month

Setiap hari yang berharga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setiap hari yang berharga


Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.  Semakin banyak hari yang kita lalui semakin banyak yang kita temui... harga diri sendiri mahupun penilaian kita ke atas manusia lain.  berilah penilaian positif... biarpun berat hendak menulis apatah lagi hendak difikirkan.  Semoga Allah mengampuni kita dan orang yang kita nilai itu... 😌

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayahNya


The Great Pyramid of Giza, El Giza, Egypt.Photo by © Marco Carmassi


Yang TERSENYUM belum tentu CERIA
Yang MURAM belum tentu BERDUKA

Yang CANTIK belum tentu di PUJA
Yang BIASA BIASA belum tentu orang TAK SUKA

Yang TUA belum tentu BIJAKSANA
Yang MUDA belum tentu kurang AKALNYA

Yang KAYA belum tentu BAHAGIA
Yang MISKIN belum tentu SENGSARA

Yang ALIM belum tentu lurus HIDUPNYA
Yang BODOH belum tentu bengkok LANGKAHNYA

Yang ANGKUH menutupi KEKURANGANNYA
Yang TAQWA menutupi KELEBIHANNYA

DUNIA adalah SANDIWARA
Yang pandai BERLAKON menjadi IDOLA

Semua hanya KULIT luar sahaja
Hanya ALLAH Mengetahui ISINYA
Semoga  RAHMAT buat kita SEMUA.

Wahai JIWA2 yang TENANG... 😞

SENYUM....💕 😃

•══◎◎♡◎◎══•

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

•══◎◎♡◎◎══•

Terima kasih kerana bersama blog ini pada Setiap hari yang berharga.

szi 😌

16 November 2017

Di sebalik gelapnya malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Di sebalik gelapnya malam


Jangan takut pada gelapnya malam
tapi takutlah kepada pencipta malam (The Tarbiyah)



Malam

Malam



Ya Allah, Sang Pemilik Malam
Semoga Kau tunjukkan padaku hikmah 
Di balik gelapnya malam, 
Hikmah di setiap ujian.

Semoga Kau masih berkenan menitipkan nafas padaku setelah gelap pergi dijemput pagi.

Bismika Allahumma Ahyaa Wa Amut

@quotephotovideo 😴😴

Terima kasih Di sebalik gelapnya malam

szi 😴

Carian