Pengikut Setia

07 Oktober 2017

Apabila bantuan menjadi tidak ikhlas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apabila bantuan menjadi tidak ikhlas


Tiada siapa pun yang tahu adakah bantuan yang diterimanya itu diberi secara ikhlas atau tidak. Hanya yang memberinya sahaja yang tahu.

Tetapi sejauh mana pula pemberi bantuan tu tahu bahawa bantuan yang diberikan itu ikhlas atau tidak.  Hanya hatinya saja yang tahu.  Bila mana bantuan itu diberikan tanpa paksaan walaupun ianya kerana tugas yang diamanahkan. 



Hidup kita beginilah ada ketikanya kita rasa dah ikhlas memberi kerana tugas.  Ada ketikanya kita sanggup memberi lebih dari yang diminta kerana hendak menggirangkan pelanggan. 

Namun, kita akan cepat terluka atas tersentuh hati bila bantuan yang kita berikan secara ' ikhlas' tadi tidak dihargai.  Bukan kerana tiada penghargaan tetapi bila kita rasa dah bagi lebih tetapi masih tidak cukup memuaskan hati pelanggan.

Muhasabah diri:  
Kita sebenarnya tidak cukup ikhlas bila kita mudah terasa hati atau naik angin bila pemberian itu tidak dihargai pelanggan.  Jadi, koreksi hati dan jiwa... adakah kita sudah cukup ikhlas dalam melaksanakan amanah tugas.


Terima kasih kerana membaca entri ini,  Apabila bantuan menjadi tidak ikhlas
szi 💔

GIVEAWAY REFRESH BLOG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY REFRESH BLOG


Apa lagi yang hendak digambarkan perasaan ini bila dapat peluang join giveaway.  Terutamanya bila ada banyak peluang untuk mereka ayat sokongan yang panjang lebar.  Ayat sokongan kepada rakan blogger dan secara tidak langsung untuk menarik perhatian mr. google.

Penyertaan dalam GIVEAWAY REFRESH BLOG adalah sebagai tanda sokongan kepada penganjurnya yang katanya telah lama tidak menganjurkan giveaway.  Jadi kita yang tidak berapa mahir dalam penganjuran giveaway ini ambil saja peluang yang ada untuk menyertainya.


Bunga Angkasa nyanyian Ali dari kumpulan Terra Rossa


Indah sinar sang suria

Merdu irama sang bayu
Tiada seindah wajahmu
Tiada semerdu suara mu

Lembut bayu membelai
Merdu burung berlagu
Tiada selembut belaianmu
Tiada semerdu kau berlagu

Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
Suara mu yang merdu menghiburkan hatiku

Bertambah cahaya hidupku
Kau janji bersumpah setia
Walaupun ribut melanda kan bersama

Selagi masih ada sinaran mentari
Selagi ada getar di jiwaku
Kan ku korban jiwa raga
Demi cinta untukmu bunga angkasa



Kodah kenapa tiba-tiba letak lirik lagu pulak nih?
Kalau nak tahu klik banner di bawah untuk info 

 GIVEAWAY REFRESH BLOG

GIVEAWAY REFRESH BLOG



Giveaway ini tamat pada 20 Oktober 2017.

Jom ramai-ramai kita meriahkan giveaway ini... mana tau boleh refresh apa yang dah telupa ... hehehe

szi😍


Hidup ini ibarat roda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini ibarat roda


Bukanlah yang dimaksudkan tetapi hidup kita bukanlah sentiasa di tahap yang sama. Seperti roda yang berpusing ada ketika di atas dan di dasar. Bila bunganya sudah haus perlu ditukar agar perjalanan tidak terganggu.





Terkadang kita berada di atas, terkadang kita berada di bawah.

Kerana roda itu sifatnya sentiasa berputar. Berputar dan terus berputar.

Begitulah hidup kita sebagai manusia. Ada pasang surutnya. Ada ketika hidup kita senang, lapang, namun ada ketika hidup kita sukar, sulit.

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa menguji kita.

Itulah kehidupan. Dicorakkan dengan pelbagai onak duri juga hilai tawa.

Kita sebagai hambaNya mestilah berlapang dada dengan segala musibah yang menimpa diri dan sentiasa mengingatiNya bukan hanya ketika dilanda badai bahkan ketika kita dilimpahi Nikmat olehNya.

Bicara ini juga diungkapkan buat diri yang seakan alpa dengan Nikmat yang dikurniakanNya.

Astaghfirullahal'azimmm.

Buat Diri Ini Yang Lalai
Alhamdulillah
Muhasabah Diri

@quotephotovideo 💜💜💜
posted from Bloggeroid

Carian