Pengikut Setia

25 Julai 2017

Hari yang agak sibuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari yang agak sibuk


Seperti biasa juga setiap pun adalah hari yang sibuk.  Kenapa sibuk?  Sebab ada kerja.  Kalau tiada kerja balik rumah... rehat.  Mana ada istilah tiada kerja kalau kita sudahpun bekerja.  Setiap hari ada saja kerja yang perlu dilakukan dan disiapkan.  Ada tugas yang datang tiba-tiba, tugas yang tidak dirancang tetapi muncul untuk diselesaikan.  Lumrah kehidupan orang bekerja.




Hari ini, sibuk sikit kerana ada tugas baru yang perlu dilaksanakan.  Tugas baru di pejabat sekarang. Sebelum ini pernah juga buat tugas sebegini tetapi sudah terlalu lama.... hampir 15 tahun dahulu.

Bila dah dalam kesibukan ini macam-macam kerenah yang kita akan temui.  Kerenah manusia yang pelbagai.

Sama ada kita kenal seseorang itu sudah lama atau baru, kita masih perlu hormat dan jaga adab... mengikut apa peranannya ketika itu dan siapa kita ketika ini.  Dalam situasi yang berbeza pembawakan seseorang itu berbeza sedikt.  Langsung tidak sama ketika di kedai kopi atau ketika ceramah.  Semuanya ada karakter tersendiri.  Kita yang perlu mahirkan diri melihat kepada situasi dan keperluan semasa.

Justeru pengajarannya, walau di manapun kita berada sentiasalah ikut peraturan atau paling tidak jagalah adab di tempat orang.


Terima kasih kerana sudi melayan celoteh pada Hari yang agak sibuk.

szi😊

24 Julai 2017

Adab dan sunnah Nabi s.a.w

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Adab dan sunnah Nabi s.a.w #204


Sebetulnya saya di sini sekadarnya ingin berkongsi apa yang saya perolehi.  Apa-apa saja yang saya fikirkan ianya baik untuk dikongsikan dengan pembaca blog ini.  Kalaupun anda yang membaca petikan ini pernah membacanya di mana-mana... anggaplah ia sebagai peringatan semula kerana kita ini pernah lupa.

Sejujurnya kita ini sering kali alpa dan sering terlupa.




Anas bin Malik r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda Allah berfirman,

"Wahai anak Adam, sesungguhnya selama mana engkau terus berdoa kepadaKu dan menaruh harapan terhadap (pengampunan) Ku maka Aku akan mengampunimu walau betapa banyak dosa kamu dan Aku tidak akan hiraukan. Mengampunimu bukanlah satu perkara yang berat bagiKu walau banyak mana sekalipun dosamu. Wahai anak Adam, walau dosamu mencecah ke langit sekalipun namun masih engkau memohon keampunan daripadaKu maka tetap Aku akan ampuni kamu dan Aku tidak akan hiraukan." 
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Sumber petikan ini dari telegram @islamitu_indah

Maafkan saya sekiranya petikan ini mengganggu ruang masa anda kerana ianya berulang-ulang dan bukannya datang dari hasil penulisan saya sendiri.



Terima kasih kerana sudi membaca entri ini Adab dan sunnah Nabi s.a.w. 

szi 😔

Selamat Pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Pagi 





Selamat Pagi
Selamat Pagi 


Semoga hari ini Allah mudahkan setiap urusan, melapangkan hati dan meringankan langkah kita dalam kebaikan.



Terima kasih.  Selamat pagi.

szi💓

Carian