Pengikut Setia

26 Julai 2016

Birthday Give Away By Alia

Birthday Give Away By Alia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Birthday Give Away By Alia merupakan giveaway ke-5 untuk bulan Julai.  Tak banyak giveaway yang sempat YB join.  Entah mengapa giveaway ini pula nampak macam mudah sangat untuk disertai.  Peserta hanya perlu salin dan tampal maklumat yang disediakan.  Tiada coding ... tetapi seperti ikut coding pulak... bestkan!

Jom kita tengok ada apa dengan Birthday Give Away By Alia.  Sebelum itu YB ucapkan Selamat hari lahir kepada Alia.  Semoga berbahagia dan dimurahkan rezeki.

Birthday Give Away By Alia
Birthday Give Away By Alia



Ehem2


Baru sempat nak wat GA sempena bulan kelahiran aku bulan ni.


Hadiah akan diberikan kepada 3 orang yang bertuah.


SYARAT-SYARAT:



SYARAT PENYERTAAN



1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @aliafarhan 

3) Like PAGE VANILLA FREAK

4) Follow Instagram @gilaperfume_gilamakeup
5) Buat 1 entry bertajuk 'Birthday Giveaway By Alia'
6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini
7) Tinggalkan link penyertaan dan email pada comment entry ini

TARIKH AKHIR 31 JULY INI....


GOOD LUCK SEMUA!


Jangan terkejut pula, perenggan di atas memang disalin bulat-bulat dari blog penganjur.  Sebab itu antara syarat yang dikenakan.

Korang jangan pula tinggalkan entri penyertaan di sini.  Tinggalkan entri penyertaan korang pada link yang terdapat pada banner di atas.  

Klik banner di atas yer.

Sekian adanya entri give away untuk kali ini.  Terima kasih kerana sudi memberikan sokongan anda untuk entri ini Birthday Give Away By Alia


Dekatkan diri dengan Penciptamu

Dekatkan diri dengan Penciptamu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dekatkan diri dengan Penciptamu kerana Dia lebih tahu apa yang ada di dalam hati.  Hatta apa yang terdetik dalam kotak fikiran.  Kita ini adalah hambaNya yang serba lemah yang penuh dengan kecelaruan.  Kecelaruan yang seringkali membuatkan kita alpa dan leka.  Sehinggakan kita melupakan tujuan asal kita diwujudkan didunia ini.  Justeru membuat kebaikan juga salah satu daripada jalan untuk mendekatkan diri kepada Pencipta kita yang Maha Agung.  Selain daripada membaca, mendengar dan memahami isi Al-Quran.




Mendekatlah kepada Allah semampumu (dengan memperbanyak amal shalih). Ketahuilah, sesungguhnya Anda tidak akan menemukan suatu amalan yang dapat mendekatkan Anda kepada Allah yang lebih dicintai-Nya daripada (membaca, mendengarkan dan mentadabburi) firman-firman-Nya.  (Khabbab bin al-Arat)


Akhir kalam, terima kasih sudi baca entri ini Dekatkan diri dengan Penciptamu.

25 Julai 2016

Mengalah bukan kalah

Mengalah bukan kalah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mengalah bukan kalah tetapi kerana memberi peluang kepada diri untuk menilai di mana silapnya. Apakah kesilapan ini kecil atau besar impaknya.  Bagaimana kita hendak menjatuhkan kesalahan dan kesilapan itu kepada orang lain sedangkan kita sendiri tidak pasti dengan keadaannya yang sebenar pada ketika itu.  Biarpun kita tahu dia memang suka mencari penyakit....




Mengalah kerana memberi peluang untuk diri mencari keamanan.

Kecelaruan yang menimpa ini kadang-kadang perlu juga diamankan dengan cara mengalah.

Biarpun perit untuk menelannya tetapi itulah yang harus dilakukan.  Agar diri ini bisa berdiri sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Betapalah ego kita kadang-kadang kuat menguasai diri sehingga tidak mampu mengalah dan sentiasa membayangkan bahawa kita saja yang betul.

Kejadian hari ini berkait rapat dengan kejadian beberapa hari lepas. Bagaimana hendak digambarkan?

Tetapi peristiwa ini mengajar diri untuk mengalah dan membiarkan ia berlalu dengan sendirinya. Tidak perlu diberi kawalan kerana minda kita ini amat terhad.  Kuasa kita juga terhad.

Selagi boleh belajar, belajarlah untuk menerima seadanya apa yang berlaku.

Jadikan pengajaran dan pedoman di masa hadapan.


Terima kasih sudi membaca entri ini Mengalah bukan kalah.

Carian