Pengikut Setia

01 Julai 2016

Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun

Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun, mula melekat pada 28 Jun 2016.  Lambat sikit update sebab YB sibuk dengan tugas lain.  Sekarang pun sibuk juga tetapi nak juga menyibuk update entri CPUV, sebab nak jaga hati Nuffnang.  Mana tahu kerap kali update pasal CPUV, ditambah lagi dengan CPUV.  Pada mulanya ingatkan CPUV akan bertambah lagi, rupanya tidak.  Tunggu sajalah bulan CPUVB bulan Julai pula.



Zurich Life Wellness, menawarkan pelbagai agenda menarik bukan sahaja polisi insuran tetapi permainan atas talian pun ada juga.  Nak tahu, klik saja promoted conten yang bertebaran di blog YB.


Terima kasih atas kunjungan ke entri ini Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun

Selamat Datang Julai

Selamat Datang Julai


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang Julai.  Telah masuk fasa setengah tahun yang kedua, baru YB tergerak nak buat entri menyambut kehadiran bulan Julai.  Masih banyak lagi urusan tertangguh dari bulan Jun yang perlu dibawa ke bulan Julai.  Mudah-mudahan dapat diselesaikan segera sebelum berakhirnya bulan Julai.   Julai, masa yang agaknya sesuai untuk perbaharui azam, yang mana dah kurang relevan atau langsung tidak masuk akal boleh lah disimpan atau dikaji semula.


Bunga Lakspur.  Sumber

Bulan Julai turut dikaitkan dengan Bunga Lakspur. Arti bunga lakspur adalah ikatan cinta yang kuat. Ada arti yang berbeda untuk setiap warna. Lakspur pink menunjukkan suka menentang, bunga lakspur putih mengungkapkan kesenangan, dan cinta pertama biasanya dilambangkan dengan bunga lakspur ungu. (sumber)

Apapun semoga perjalanan hidup kita sentiasa menuju kebaiktan dan dipermudahkan serta sentiasa dikelilingi kebahagian dan rahmat dariNya.


Terima kasih kerana baca entri ini Selamat Datang Julai.

28 Jun 2016

Menangis Di Majlis

Menangis Di Majlis



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menangis di majlis, sesuatu yang tidak pelik atau aneh.  Bergantung kepada jenis majlis.  Tetapi, kenapa pula mesti menangis?  Tentunya ada sesuatu yang menyedihkan atau sesuatu yang sangat mengembirakan sehingga membuatkan seseorang itu menangis.


Gambar hiasan


Umar bin Abdul Aziz biasa berkumpul bersama orang-orang fakir setiap malamnya. Mereka duduk bersama-sama saling mengingatkan tentang kematian, hari kiamat dan kehidupan akhirat. Mereka pun menangis di majelis tersebut seolah-olah jenazah ada di hadapan mereka saat itu.  ('Atha)

Mampukah kita menjadi seperti mereka atau paling tidak menyelami perasaan mereka.


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini Menangis di majlis.

Carian