3 Hari Tanpa Blog
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Tiada apa yang dapat digambarkan bila tidak dapat berblogging selama 3 hari. Bukan saja-saja punya alasan tetapi memang sengaja. Dek kesibukan uruskan anak-anak setelah 2 hari keluar kawasan. Maka ada beberapa urusan dan kerja rumah telah tertangguh selama dua hari... apa itu? Kerja biasa seorang suri rumahtangga.
Oleh itu, masa untuk blog terpaksa ditangguhkan untuk seketika bagi memberi laluan kepada urusan rumahtangga dan keluarga.
Putih |
Malam tadi, Alif merungut... esok dah Isnin... kena Sekolah.
Umi jawab; jangan merungut dengan hari Isnin. Kita kena bergembira dengan hari Isnin dan raikannya. Kerana hari Isnin adalah hari lahir Nabi Muhammad S.A.W. Kita tidak boleh berduka cita pada hari Isnin.
Entahlah Alif faham ke tidak.... mudah-mudahan ada sesuatu yang baik tersemat di hatinya. Hari ini Alif bangun awal dan bersiap ke sekolah.... seperti biasa.