Pengikut Setia

26 April 2016

Kadar pengetahuan terhad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kadar pengetahuan terhad


Pengetahuan kita terhad.  Tidak semua perkara dalam pengetahuan kita.  Jika banyak perkara yang kita tahu pun tidak semua.  Masih banyak yang kita tidak tahu.  Nak bagi contoh pun tak pandai sebabnya YB tidak tahu apa yang pembaca tahu dan tidak tahu.  Tetapi entri ini sekadar untuk mengingati diri sendiri bahawa kita bukanlah cukup sempurna untuk mengetahui banyak perkara. Lagi banyak kita tahu ... lagi banyak lagi yang kita tidak tahu.

Banyak sangat bermadah pujangga menyesakkan nafas pula.  Marilah kita baca apa yang dikatakan oleh ahli hikmah kali ini:



Barangsiapa ingin mengetahui kadar pengetahuannya tentang Allah, maka hendaklah ia melihat (dan membandingkan antara) apa yang dijanjikan oleh Allah untuknya dan apa yang telah dijanjikan oleh manusia untuknya, manakah diantara keduanya yang lebih diyakini oleh hatinya?  
(Syaqiq bin Ibrahim)



Terima kasih sudi singgah baca entri Kadar pengetahuan terhad.


25 April 2016

Inas Insyirah dan Che Seri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Inas Insyirah dan Che Seri

Dah lama YB tidak bercerita mengenai anak-anak di blog. Entah kenapa pula malam ni teringat nak post entri mengenai Inas Insyirah. Bertepatan dengan tajuk entri, Inas suatu masa dulu takut sangat dengan Che Seri. Bukan kerana rupa Che Seri yang menakutkan tetapi kerana Che Seri yang suka menyakat. Tiap kali jumpa ada saja yang nak diusik. Ada ketika sampai menjerit-jerit bawa ke tidor. Aduhhh, jenuh nak pujuk.

Itu cerita dulu, kini tidak lagi. Kalau tak silap dalam sebulan dua ni Inas dah semakin serasi dengan Che Seri. Mungkin sebab jarang dapat jumpa. Semenjak Inas tinggal di rumah pengasuh. Che Seri pula sibuk dengan urusan sekolah anak-anaknya.



Pagi tadi, sempat lagi mereka berwefie.





Inas dah semakin montel. Kena bagi diet, kurangkan makanan berlemak terutama makanan segera. Che Seri pun apa kurangnya, dia sendiri yang mengaku dah gemuk walapun nampak kurus macam lidi :-P

Sehingga di sini dulu kisah Inas Insyirah dan Che Seri. Ada peluang kita bercerita pasal isu lain pula. 

Terima kasih.

posted from Bloggeroid

Audit Diri Bersama Prof Dr Muhaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Audit Diri Bersama Prof Dr Muhaya


Kita sering mencari kata-kata semangat untuk dijadikan pedoman dan panduan.  Sesekali apabila mendapat kata-kata nasihat dari pakar pastinya akan memberi kesan kepada kita.  Tidak banyak sedikit pun jadilah.  Kata-kata berikut adalah daripada siri Jom Audit Diri bersama Prof Dr Muhaya. Ada kemungkinan besar kita biasa membacanya di mana-mana.  Namun YB kongsikan semula sebagai ingatan kepada diri ini yang sering lupa.  Semoga dengan ingatan ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat baru kepada kita semua.




"Kita mesti ingat, apabila kita menolong orang, sebenarnya bukan kita yang tolong, tetapi Allah tolong melalui kita.  Allah mengizinkan kita ada rezeki, kudrat, masa dan kesihatan untuk menolong orang dan memberi rahmat kepada kepada insan dan makhluk Allah yang lain".  (Prof Dr Muhaya)


Terima kasih dan selamat membaca.  Jom Audit Diri Bersama Prof Dr Muhaya.


Carian