Kadar pengetahuan terhad
Pengetahuan kita terhad. Tidak semua perkara dalam pengetahuan kita. Jika banyak perkara yang kita tahu pun tidak semua. Masih banyak yang kita tidak tahu. Nak bagi contoh pun tak pandai sebabnya YB tidak tahu apa yang pembaca tahu dan tidak tahu. Tetapi entri ini sekadar untuk mengingati diri sendiri bahawa kita bukanlah cukup sempurna untuk mengetahui banyak perkara. Lagi banyak kita tahu ... lagi banyak lagi yang kita tidak tahu.
Banyak sangat bermadah pujangga menyesakkan nafas pula. Marilah kita baca apa yang dikatakan oleh ahli hikmah kali ini:
Barangsiapa ingin mengetahui kadar pengetahuannya tentang Allah, maka hendaklah ia melihat (dan membandingkan antara) apa yang dijanjikan oleh Allah untuknya dan apa yang telah dijanjikan oleh manusia untuknya, manakah diantara keduanya yang lebih diyakini oleh hatinya?
(Syaqiq bin Ibrahim)
Terima kasih sudi singgah baca entri Kadar pengetahuan terhad.
deep ayat ni. Banyak tuhan telah tunaikan tapi manusia je yang tak sedar.
BalasPadam