Pengikut Setia

20 April 2016

Peserta Bertuah Segmen Pencarian Bloglist TengkuButang.com 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peserta Bertuah Segmen Pencarian Bloglist TengkuButang.com 2016


Alhamdulillah.  Rezeki berblogging lagi.  Rajin-rajin turut serta dalam segmen dan contest atau giveaway.  Kemenangan merupakan satu bonus atas usaha yang telah dilakukan.  Jika tidak berjayapun kita sudah beroleh manfaat dalam penyertaan; antaranya dalam link dari penganjur dan juga kunjungan dari rakan blogger yang turut sama memeriahkan segmen.

YB telah menyertai segmen Pencarian Bloglist Blog Tengkubutang.com 2016. Segmen berkenaan telahpun tamat pada 15 April 2016. Pengumuman PEMENANG SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST TENGKUBUTANG.COM 2016 telah dilakukan oleh penganjur pada 20 April 2016. Seperti biasa berdebar jugak menunggu keputusan.  Tak tahu sama ada tuah ayam, tuah sabut atau tuah batu.... ini tuah manusia lah..

Senarai Pemenang Segmen

Kiranya, kemenangan ini adalah kemenangan berganda kerana selain daripada terpilih ke bloglist penganjur, blog YB merupakan antara 5 daripada 15 blog yang terpilih untuk menerima keychain. Sungguh--sungguh terharu dengan pemilihan ini.  

Terima kasih kepada penganjur dan semua rakan blogger atas sokongan dan doa.  

Untuk melihat senarai penuh Peserta Bertuah Segmen Pencarian Bloglist TengkuButang.com 2016, boleh klik pada banner di atas.  




8 Pasang Koleksi Kurung Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

8 Pasang Koleksi Kurung Raya




























Terima kasih atas kesudian melihat dan meninggal komentar untuk entri 8 Pasang Koleksi Kurung Raya


19 April 2016

Menangis kerana sedih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Menangis kerana sediah


Menangis kerana sedih adalah normal.  Memanglah orang menangis kerana sedih.  Walaupun ada juga orang menangis kerana gembira tetapi ianya tidak sama dengan orang yang menangis kerana sedih. Sedih kerana sesuatu peristiwa dan kejadian yang mencengkam hati sanubari.  Menangis kerana kehilangan orang tersayang, kerana ditinggalkan.  Tidak kurang juga menangis kerana melihat adengan yang menyayat hati dalam drama atau filem.  Namun tidak semua orang suka menangis, betul tak?  Dan, jika wanita yang menangis ia dilihat sebagai normal juga.  Kita akan rasa pelik bila melihat lelaki menangis sedangkan mereka juga hati dan perasaan.




Jom kita selusuri apa pula kata sebahagian daripada ahli sufi mengenai tangisan.

Aku menangis bukan karena takut mati atau karena kecintaanku kepada dunia. Akan tetapi, yang membuatku menangis adalah kesedihanku karena aku tidak bisa lagi berpuasa dan shalat malam. ('Amir bin 'Abdi Qais)

Ternyata jauh sekali tangisan mereka dengan tangisan kita.  Secara lazimnya kita menangis kerana urusan dunia dan jarang sangat kita ada hati untuk menangis kerana urusan kita dengan Pencipta kita.

Siapa yang tidak pernah menangis?


Terima kasih atas perhatian dan komentar untuk entri Menangis kerana sedih.

Carian