Menangis kerana sediah
Menangis kerana sedih adalah normal. Memanglah orang menangis kerana sedih. Walaupun ada juga orang menangis kerana gembira tetapi ianya tidak sama dengan orang yang menangis kerana sedih. Sedih kerana sesuatu peristiwa dan kejadian yang mencengkam hati sanubari. Menangis kerana kehilangan orang tersayang, kerana ditinggalkan. Tidak kurang juga menangis kerana melihat adengan yang menyayat hati dalam drama atau filem. Namun tidak semua orang suka menangis, betul tak? Dan, jika wanita yang menangis ia dilihat sebagai normal juga. Kita akan rasa pelik bila melihat lelaki menangis sedangkan mereka juga hati dan perasaan.
Jom kita selusuri apa pula kata sebahagian daripada ahli sufi mengenai tangisan.
Aku menangis bukan karena takut mati atau karena kecintaanku kepada dunia. Akan tetapi, yang membuatku menangis adalah kesedihanku karena aku tidak bisa lagi berpuasa dan shalat malam. ('Amir bin 'Abdi Qais)
Ternyata jauh sekali tangisan mereka dengan tangisan kita. Secara lazimnya kita menangis kerana urusan dunia dan jarang sangat kita ada hati untuk menangis kerana urusan kita dengan Pencipta kita.
Siapa yang tidak pernah menangis?
Terima kasih atas perhatian dan komentar untuk entri Menangis kerana sedih.
assalamualikum.
BalasPadamsinggah pagi
~ http://jmbelog.blogspot.my/
thanks tazkirah
BalasPadamsalam,
BalasPadambetul banyak sebab kita menangis , moga tangisan mendapat redhaNya
Mrs. A selalunya nangis sebab sedih!
BalasPadamNangis gembira jarang sekali adapun dah lupa bila?