Pengikut Setia

25 Februari 2016

First Giveaway By Nadia Syamimi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



First Giveaway By Nadia Syamimi


YB join giveaway lagi nie... Giveaway pertama rakan blogger Nadia Syamimi.  Kebiasaannya giveaway pertama ini memberikan banyak pengetahuan baru dan juga pengalaman baru.  Tiada pertama tiadalah yang kedua dan seterusnya ... kan?

Seperti biasa juga, YB jpin giveaway ini dengan harapan dapat memenangi salah satu daripada hadiah gempak yang disediakan oleh Nadia.

Oooo... nak tahu apa hadiah gempak yang disediakan?  Jom klik pada gambar sekuntum mawar merah di bawah ini.


First Giveaway By Nadia Syamimi
First Giveaway By Nadia Syamimi

Dah klik gambar di atas?  Cepat tau, giveaway ini dijangka tamat pada 27 Februari 2016.

Jom berikan sokongan kepada Nadia Syamimi.


Terima kasih sudi baca entri First Giveaway By Nadia Syamimi

Pencarian Bloglist Bulan Mac Biskutsemperit.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pencarian Bloglist Bulan Mac Biskutsemperit.my


Kali ini YB join pencarian bloglist untuk bulan Mac yang dianjurkan oleh Biskutsemperit.my. Mudah-mudahan blog YB termasuk dalam senarai bloglist.  Tak Masuk dalam senarai bloglist pun tak apalah, dapat masuk dalam senarai peserta pun memadai setidak-tidaknya dapat trafik dari blog Biskutsemperit.  YB suka biskut semperit dan pastinya ramai antara rakan blogger kita yang gemarkan biskut semperit.

Jom kita tengok apa kata penganjur mengenai pencarian ini...

Pencarian Bloglist Bulan Mac Biskutsemperit.my
klik banner untuk join

Pada hari ini saya ingin melancarkan satu lagi segmen iaitu Pencarian Bloglist Bulan Mac Biskutsemperit.my untuk pertama kalinya diblog biskutsemperit ini untuk ada bloglist.

Apa syarat-syaratnya adalah :-
  1.  Tulis entry bertajuk "Pencarian Bloglist Bulan Mac Biskutsemperit.my"
  2.  Tag dua rakan blogger anda dan pastikan dia tahu.  

YB tag awak semua yer... Jom join pencarian bloglist Biskutsemperit.  Boleh tumpang tuah biskut semperit.  :D

    Hadiah

    15 blog akan dipilih secara random
     untuk dimasukkan dibloglist biskutsemperit.my sehingga 31 Mac 2016

    Mula : 24 Feb 2016 Tamat : 2 Mac 2016

    Terima kasih kerana sudi join segmen ini. Semoga berjaya.

Terima kasih sudi baca entri Pencarian Bloglist Bulan Mac Biskutsemperit.my

Pengaruh pujian dalam kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pengaruh pujian dalam kehidupan


Tidak dinafikan sesiapapun akan terpengaruh dengan setiap pujian.  Kadang-kadang kita terlupa pujian itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat pun kepada kita apatah lagi boleh memberi berkat kepada kita.

Kita akan berhadapan dengan orang yang suka memuji tanpa sebab, seperti kawan-kawan yang memang suka memuji... kerana itu hobi dia.  Tetapi kita tidak boleh pula memandang negatif kepada setiap pujian, tidak semestinya pujian itu kerana hendak membodek kita.  Siapalah kita hendak dipuji lebih-lebih kan...



Boleh saja kita anggap pujian itu sebagai cara seseorang untuk memulakan perbualan atau beramah mesra dengan kita. Terima sajalah pujian itu seadanya dan ucaplah "Alhamdulillah" - segala puji hanya bagi Allah.

Sebaliknya kita perlu melihat semula apa yang dipuji itu adakah ianya betul-betul berkaitan dengan kita.

Jika seseorang memujimu dengan sesuatu yang tidak ada pada dirimu, maka janganlah kamu merasa aman dari celaan seseorang terhadapmu atas sesuatu yang tidak ada pada dirimu.  (Wahb bin Munabbih)

Pujian tetapi memberi pengaruh kepada perasaan kita dan memerlukan masa yang sesuai untuk kembali ke alam nyata seandainya pujian itu membawa kita terawang-awangan.... jangan sampai jatuh 'terjerobab'

Sekian.


Terima kasih sudi baca  Pengaruh pujian dalam kehidupan

Carian