Pengikut Setia

25 Februari 2016

Pengaruh pujian dalam kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pengaruh pujian dalam kehidupan


Tidak dinafikan sesiapapun akan terpengaruh dengan setiap pujian.  Kadang-kadang kita terlupa pujian itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat pun kepada kita apatah lagi boleh memberi berkat kepada kita.

Kita akan berhadapan dengan orang yang suka memuji tanpa sebab, seperti kawan-kawan yang memang suka memuji... kerana itu hobi dia.  Tetapi kita tidak boleh pula memandang negatif kepada setiap pujian, tidak semestinya pujian itu kerana hendak membodek kita.  Siapalah kita hendak dipuji lebih-lebih kan...



Boleh saja kita anggap pujian itu sebagai cara seseorang untuk memulakan perbualan atau beramah mesra dengan kita. Terima sajalah pujian itu seadanya dan ucaplah "Alhamdulillah" - segala puji hanya bagi Allah.

Sebaliknya kita perlu melihat semula apa yang dipuji itu adakah ianya betul-betul berkaitan dengan kita.

Jika seseorang memujimu dengan sesuatu yang tidak ada pada dirimu, maka janganlah kamu merasa aman dari celaan seseorang terhadapmu atas sesuatu yang tidak ada pada dirimu.  (Wahb bin Munabbih)

Pujian tetapi memberi pengaruh kepada perasaan kita dan memerlukan masa yang sesuai untuk kembali ke alam nyata seandainya pujian itu membawa kita terawang-awangan.... jangan sampai jatuh 'terjerobab'

Sekian.


Terima kasih sudi baca  Pengaruh pujian dalam kehidupan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian