Pengikut Setia

24 Februari 2016

Bukan larangan agama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bukan larangan agama


Jarang sekali dapat membaca petikan apatah lagi hasil karya agung Pak HAMKA atau Buya HAMKA.

Berikut adalah antara petikan hebat Pak HAMKA



Agama bukan melarang kita membahas dan menyelidiki soal-soal agama, Ushul dan Furu', Ijtihadiyah dan Khilafiyah.  Agama bukan melarang itu, bahkan menganjurkannya. Sebab kita disuruh berfikir, berfaham dan mempergunakan akal.  Tetapi yang dilarang ialah memaksakan pendapat sendiri kepada orang lain, atau dengan paksa mempertahankan pendirian sendiri dan memandang musuh atau lawan terhadap orang lain yang tidak sefaham.  Dan lebih celaka lagi kalau perselisihan faham dalam soal-soal yang demikian sudah dijadikan latar belakang politik, untuk mempertahankan kedudukan golongan.  Apatah lagi kalau sudah kafir mengkafirkan.  (Buya HAMKA).

Agak berat juga, tetapi itulah yang sedang kita alami dalam sedar atau tidak.  Semoga kita bertemu jalan yang mudah dalam kesukaran dan kegelapan.

Sekian.

Terima kasih baca entri Bukan larangan agama

23 Februari 2016

CARILAH AKU DAN TOLONGLAH AKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



CARILAH AKU DAN TOLONGLAH AKU 

Artikel untuk entri ini YB ambil dari Grup Whatsapp.  Agak panjang juga jalan ceritanya tetapi ada sedikit manfaat yang boleh dijadikan pedoman untuk kita.

Kisah bermula...

Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata, 
"jika hang tidak nampak aku di syurga, bertanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."
Gambar hiasan

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," In shaa Allah, in shaa Allah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."

Kami menangis bersama, entah berapa lama...

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis :
"Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :
"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, 
"Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah". (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat-sahabatku, 

Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

Carilah sahabat yang senantiasa berbuat ibadat,  bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk menegakkan agama. 

Carilah teman yang mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.

Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb untuk bercerita hal politik, teman whatsapp untuk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing-masing hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

Semaklah diri, apakah ada teman yang sebegini dalam kehidupan kita, atau yang ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dengan teman yang hanya condong pada garis dunia, carilah teman yang boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja untuk menjengah syurga Allah..


Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :
"Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat-sahabat kita yang akan mencari dan mengajak kita bersama-sama ke syurga.

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

Wallahu a'lam

******

Terima kasih atas kesudian membaca entri CARILAH AKU DAN TOLONGLAH AKU

REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN


Alhamdulillah masih berbeluang meneruskan entri giveaway di blog yang disayangi ini.  Kali ini YB join REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN.  Giveaway yang menawarkan hadiah yang menarik dan hebat.  Semoga penyertaan YB dan giveaway dapat menambah nilai kepada blog ini. 

YB menyertai giveaway ini selain daripada untuk memenangi hadiah yang ditawarkan adalah untuk menambah bilangan trafik dari peserta giveaway dan juga paling kurang dapat menambah bilangan follower, itupun kalau masih ada yang sudi jadi pengikut blog YB.  Selain dari itu apa lagi harapan untuk giveaway ini?  Nantilah YB tulis untuk giveaway yang lain pula :P

REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN
REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

Bagaimana nak join giveaway ini?  Paling penting klik banner di atas untuk mendapatkan maklumat penuh dari penganjur giveaway.




Gambar di atas turut memainkan peranan dalam penentuan pemenang, yang mana 4 orang pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah oleh penganjur.

Nak tahu hadiahnya, terus saja klik banner di atas dengan pantas sekali kerana giveaway ini dijangka tamat pada 5 Mac 2016.

Jom berikan sokongan kepada rakan blogger.

Sekian.

Terima kasih sudi baca REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN


Carian