CARILAH AKU DAN TOLONGLAH AKU
Artikel untuk entri ini YB ambil dari Grup Whatsapp. Agak panjang juga jalan ceritanya tetapi ada sedikit manfaat yang boleh dijadikan pedoman untuk kita.Kisah bermula...
Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..
Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata,
"jika hang tidak nampak aku di syurga, bertanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."
Gambar hiasan |
Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," In shaa Allah, in shaa Allah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."
Kami menangis bersama, entah berapa lama...
Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...
Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis :
"Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."
Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :
"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."
Maka Allah berfirman,
"Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah". (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)
Maka wahai sahabat-sahabatku,
Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..
Carilah sahabat yang senantiasa berbuat ibadat, bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk menegakkan agama.
Carilah teman yang mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.
Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb untuk bercerita hal politik, teman whatsapp untuk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing-masing hanya akan membawa diri sendiri.
Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....
Semaklah diri, apakah ada teman yang sebegini dalam kehidupan kita, atau yang ada mungkin lebih teruk dari kita...
Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dengan teman yang hanya condong pada garis dunia, carilah teman yang boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja untuk menjengah syurga Allah..
Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....
Al-Hasan Al-Bashri berkata :
"Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.
Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat-sahabat kita yang akan mencari dan mengajak kita bersama-sama ke syurga.
Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.
Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?
Wallahu a'lam
******
Terima kasih atas kesudian membaca entri CARILAH AKU DAN TOLONGLAH AKU
Semoga sebagai rakan blogger yang selalu berpesan dan mengajak kepada benda-benda baik pun dapat buat benda sama nanti.. :)
BalasPadamsama-sama kita cuba amalkan...
BalasPadam