Antara dusta dan fajir
Seringkali mengingatkan diri sendiri agar mengelak daripada percakapan yang sia-sia seperti menipu. Anak-anak juga sering diingatkan begitu. Jangan sesekali bercakap sesuatu yang tidak benar. Cuma bezanya anak-anak dengan kita ini adalah tahap pemikiran dan pemahaman.
Namun nasihat itu tidaklah terus berhenti disitu. Nasihat tetapi nasihat yang mengalir terus dalam perbualan sehari-hari. Jangan sampai jemu kerana kita perlu selalu diingatkan agar tidak lupa.
Dusta dan Fajir |
Hati-hatilah kalian dengan perkataan yang dusta, karena perkataan yang dusta akan menuntun pelakunya kepada perbuatan fajir (maksiat). Dan sesungguhnya perbuatan yang fajir akan menuntun pelakunya kepada api neraka. (HR Muslim)
Petikan hadis di atas boleh diumpamakan seperti serangkap pantun lama yang berbunyi:
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri
Terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri Antara dusta dan fajir