Pengikut Setia

15 Januari 2016

Tazkirah Petang Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tazkirah Petang Jumaat |  Waktu Mustajab di Hari Jumaat


Dalam 12 jam hari Jumaat ada satu watku, jika seorang muslim meminta sesuatu kepada Allah Azza Wa Jalla pasti akan dikabulkan.  Carilah waktu itu di waktu setelah Ashar.  
(Hadis Riwayat Abu Daud)



Marilah kita bersama-sama mencari waktu mustajab itu.  Semoga kita tidak dilalaikan.


Sambal Tumis Telur Yang Mengancam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sambal Tumis Telur Yang Mengancam


Tajuk memang mengancam.  Kenapa mengancam?  Sebab sekarang nie anak-anak dah suka sangat dengan sambal tumis telur.  Bila mereka dah suka, maka akan menjadi ancaman kepada emaknya yang kadang-kadang mood memasaknya kedaung.

Sambal tumis telur ni sebenarnya memang menjadi kesukaan YangBaik juga.  Selain dari sedap penyediaannya juga mudah.

Dengan itu, izinkan YangBaik kongsikan sedikit resepi sambal tumis telur versi YangBaik.

Sambal Tumis Telur

Bahan utama yang diperlukan adalah telur ayam direbus sehingga masak.  Berapa banyak bilangannya terpulang kepada bilangan orang yang akan makan.  YangBaik hanya rebus mengikut bilangan ahli keluarga semasa sahaja (5 orang)

Bahan lain:
1.  20 tangkai cili kering
2.  5 ulas bawang merah
3.  sedikit belacan atau boleh digantikan dengan udang kering
4.  sedikit garam
5.  sedikit gula
*  semua bahan 1-5 dikisar bersama sehingga halus.  Jika hendak lebih mudah beli saja cili boh, bahan-bahan yang lain terpulang kepada kehendak dan keperluan.
6.  asam keping atau air asam jawa
7.  Air

Kaedah:
1.  Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2.  Masukkan sedikit air mengikut kepekatan yang disukai.
3.  Masukkan asam keping atau air asam jawa.  Jika tiada boleh digantikan dengan sos tomato atau sos cili (banyak pula pilihannya :P)
4.  Setelah mendidih, masukkan telur rebus yang telah dikupas kulit.  Kacau seketika sehingga rata dan boleh angkat serta hidangkan.

Sambal tumis kini menjadi pilihan anak-anak kerana hanya ini yang mudah dibuat.  Selain dari itu mereka juga mungkin sudah jemu dengan lauk ayam goreng.

Selamat mencuba kepada semua.


14 Januari 2016

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH


Sekali lagi kita join giveaway dua dalam satu (2in1).  Kenapa?  Sebab giveaway ini dianjurkan oleh Izyan bersempena tahun baru 2016 serta hari lahirnya.  Hari lahir yang keberapa?  Nak tahu kenalah check sendiri kat blog Izyan.  Paling mudah korang join giveaway ini. 

Sebelum tu YangBaik nak kongsikan bait2  lagu ini kepada Izyan.

Happy birthday to you
Makan ubi kayu
Minum susu lembu
Lembu cakap 'Thank you'

Okey tak... jangan marah yer... akak tak reti nak jual :D

Ucapan yang sebenarnya adalah begini
"Izyan Athirah, Sanah helwah.  Semoga dipanjangkan umur dengan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dari segala ceruk dan peluang, dikurniakan kehidupan yang aman sejahtera disamping keluarga tersayang dunia dan ukhrawi"

Sebelum lebih banyak ucapan yang akan menjadi lebih panjang entri ni, apa kata kita tengok dulu apa yang menarik dengan New Year Giveaway 2016 by Izyan Athirah.

Assalamualaikum



Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016



NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI

 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)




PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)

Okey, dapat tak?

Apa lagi ... klik le banner di atas tu, kita meriahkan sambutan tahun baru dan hari lahir Izyan, :D

Terima kasih.

Carian