Pengikut Setia

27 Oktober 2015

Segmen: Jom Tingkatkan Followers

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen: Jom Tingkatkan Followers


Antara bentuk popular dalam memperkenalkan blog dan mendapatkan pengikut yang ramai adalah melalui penganjuran Segmen.  Justeru, tidak hairanlah ramai di kalangan rakan blogger menganjurkan segmen untuk meningkatkan bilangan followers (pengikut).  Kali ini giliran Leya pula menganjurkan segmen yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah followers serta untuk memperkenalkan blog ke dunia maya.  Konsep segmen kali ini adalah "WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK".

YangBaik juga dengan ini turut serta dalam segmen ini.  Jom kita lihat apa yang Leya sediakan untuk segmen ini.
Perkara penting sekali adalah klik banner di atas untuk melihat syarat yang disediakan.

Ketika entri ini dikeluarkan bilangan followers blog YangBaik adalah 1280.  Terima kasih kepada semua yang telah menjadi pengikut blog YangBaik dan terima kasih juga kepada anda yang bakal menjadi pengikut blog ini.

YangBaik dengan ini tag awak semua yang menjengak ke blog ini.  Tak mampu nak tag 2 orang sahaja, bimbang yang tidak disebut namanya akan berkecil hati.  Sekali lagi dimaklumkan YangBaik tag awak semua ... YEAYYY!  Jangan ada yang berkecil hati pula ya.

Kepada yang telah ditag sila join segmen ini dengan senang hati.  Cepat-cepat... segmen ini berakhir pada 30 Oktober 2015.

Sila klik banner di atas untuk mendapatkan makluman lanjut.

Selamat bersegmen kepada semua.



26 Oktober 2015

Fikir sebelum buat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Fikir sebelum buat


Selalu juga cakap pada anak-anak, sebelum nak buat apa-apa tu fikir dulu.  Tak tahulah mereka itu faham atau tidak.  Sebabnya dah cakap berkali-kali pun perkara yang sama masih juga berulang. Antaranya jangan main bola dalam rumah, main juga.  Kan dah cakap sebelum buat apa-apa fikir dulu, kalau dah jadi kan ke susah nanti.


Fikir Positif
Fikir Positif
Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah karena Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan karena Allah maka ia mengurungkannya.(al-Hasan)

Buat masa ini pesanan tetap juga diberikan.  Semoga bila mereka besar nanti mereka ingat setiap pesanan dan mampu berfikir dengan baik sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.


24 Oktober 2015

Jangan Berharap Dengan Hak Orang Lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan Berharap Dengan Hak Orang Lain


Hak orang lain tidak perlulah kita pertikaikan.  Kerana kita tidak suka bila ada orang lain pertikai hak kita.  Sedangkan kita sendiri tidak pasti daripada mana kita peroleh sesuatu hak.  Yang pastinya kita perlu berhati-hati dengan hak yang kita ada agar tidak menyentuh hati dan perasaan orang lain.

Hak itu boleh ditafsirkan sebagai kuasa, kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan dan prerogatif (hak istimewa).  Setiap dari kita mempunyai hak seperti di atas tetapi dalam konteks yang berbeza kerana keperluan yang berbeza.

Keywords 23 Oktober 2015
Keywords 23 Oktober 2015

Begitulah yang mendatangkan idea kepada kita menjadi hak kita untuk menulis sesuatu yang baik juga tidak baik.  Tetapi pilihlah untuk menulis yang baik-baik kerana itu lebih baik untuk kehidupan kita di sini dan di sana kelak.



Anak orang, anak orang juga bermaksud Kalau bukan hak kita tidaklah ada gunanya. 
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu



Carian