Pengikut Setia

23 Oktober 2015

3 Cara Untuk Memberi Manfaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


3 Cara Untuk Memberi Manfaat


Dapat buat 3 perkara ini sudah cukup baik bagi kita.  Tetapi kalau boleh buat lebih lagi bagus.  Cuma kita kadang-kadang tidak perasan dengan apa yang kita buat ada ketikanya mampu memberi kesan kepada orang lain.  Bukan sahaja orang lain tetapi kepada diri kita sendiri.  Jika kita berterusan buat baik, mana mungkin kita tidak menjadi baik.




Hendaknya setiap mukmin memperoleh tiga macam perlakuan darimu;
1.  Jika kamu tidak dapat memberinya sesuatu manfaat maka janganlah membahayakannya,
2.  jika kamu tidak bisa membahagiakannya maka janganlah membuatnya sedih, dan
3.  jika kamu tidak memujinya maka janganlah mencelanya.  (Yahya bin Mu'adz)

Jom tambah nilai baik dalam diri kita.

22 Oktober 2015

OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE


Sebab tiada idea nak menulis entri sendiri maka YangBaik gagahkan juga join giveaway.  Walaupun join giveaway, entry tetap ada.  Join giveaway juga sebagai satu lagi langkah supaya tidak terputus hubungan dengan rakan blogger walaupun YangBaik sendiri kadang-kadang tidak sempat nak melawat ke blog semua peserta.  Sebab Yangbaik hanya join sebagai peserta dan bukan penganjur. hew hew hew... entah apa-apa aje kan.

Sekarang dengan rasminya juga YangBaik join Oktober Giveaway by Mekzumbie.  Bukan Zombie. Sekali lagi yer... bukan zombie tetapi mekzumbie. Jangan ditanya mengapa Mekzumbie, sebab YangBaik tidak tahu walaupun sudah mencarinya kat blog (sebenarnya tak cari betul2 pun).  Korang cubalah belek lebih sikit kat blog tu... kot2 boleh jumpa, ceritalah kat blog korang pulak yer. 

YangBaik tak boleh nak celoteh panjang-panjang sangat nanti jadi entri lain pulak.  Oleh itu, marilah kita tengok apa yang Mekzumbie telah sediakan untuk giveawaynya kali ini.

Oktober Giveaway by mekzumbie
Oktober Giveaway by mekzumbie

Jangan lupa klik banner di atas atau klik SINI untuk melihat syarat yang disediakan.  Jangan risau syarat tak susah tetapi klik banner di atas itu merupakan salah satu daripada syaratnya. Hehehehe

Giveaway ini berlangsung mulai 18 Oktober 2015 dan tamat pada 31 Oktober 2015.

Hadiah mekzumbie
Hadiah
Di atas adalah gambaran hadiah yang disediakan kepada peserta yang bertuah dan mesra random.org. Macam mana nak mesra dengan encik random?  Ikut suka korang lah.  YangBaik tak tahu... huhuhuu

Jom berikan sokongan kepada Mekzumbie.  


GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22th

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22th


Pertama kali join giveaway YB agak kelam kabut sikit, tak tahu nak buat macam mana.  Ada satu masa sekadar letak banner dan terus publish macam entry Wordless Wednesday.  Tetapi lama kelamaan setelah diperhatiakan entry rakan blogger sedikit demi sedikit dapat idea macam mana nak buat entri.  Tidaklah sekadar letak banner dan bagi link.  

Kali ini, YB meneruskan legasi dengan join giveaway anjuran cik belbel.  Giveaway pertama katanya dan bersempena Birthday yang ke-22 pada bulan October ni.  Happy Birthday my dear cik belbel. :D Penyertaan yang ramai ke giveaway ini memadai sebagai hadiah hari jadi... wah... akak suka lah dengan statement tu.

Tanpa membebel lebih panjang lagi mari kita tengok apa yang cik belbel sediakan untuk giveaway pertamanya ini.  

Giveaway Cik BelBel
Giveaway Cik BelBel

Pertama kali apa yang perlu dilakukan adalah klik banner di atas untuk lihat syarat yang lebih lanjut.

Ini adalah entri YangBaik maka, nak tirupun boleh juga tapi kalau dapat kredit lagi bagus kan. Heehehe

YangBaik tak ingat pula kalau pernah buat majlis sambut birthday.  Maaf lah memang tak pandai pun nak buat majlis segala bagai ni.  Teringat juga masa ulangtahun ke-21, rakan sekerja menghadiah pen dan mug.  Masih lagi simpan sampai sekarang.  Untuk sambutan lain-lain tu tiadalah majlis yang happening, tetapi ucapan yang penuh bermakna dari rakan-rakan dan insan tersayang saja. Paling penting ingatan.

Apa pula agaknya pengalaman rakan blogger yang lain pula ya.  Jika ada cerita yang lebih menarik dari pengalaman YangBaik bolehlah kongsikan bersama.  

Jom join giveaway ini, boleh kongsikan pengalaman sambut hari jadi.

Cepat cepat, giveaway ini tamat pada 31 Oktober 2015.

Selamat berusaha !!!


Carian