Pengikut Setia

14 Julai 2015

Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose


Manis saja kan.  Semakin hampir dengan hari raya semakin bertambah segmen dan giveaway bersempena hari raya.   Jadi peluang keemasan kepada rakan blogger untuk menambah kenalan dan trafik dari rakan blogger baru dan lama.  Kita pakat ramai-ramai beri sokongan kepada rakan blogger dengan menyertai segmen Jom Raya 2015.  Segmen ini dianjurkan oleh rakan blogger yang manis sangat... Sweer Rose. 


Segmen Jom Raya 2015

Segmen Jom Raya 2015


Bukan sebarang segmen kerana peserta bakal mendapat Fridge Magnet Selamat Hari Raya by Sweet Rose.  Selain dari itu Rose juga akan memilih 10-15 orang untuk dimasukkan dalam bloglist menggunakan khidmat random.org.

Menarik.  Jom kita gegarkan Segmen Jom Raya 2015 by Sweet Rose.  Apa lagi... silalah klik banner di atas yer... 

Cepat-cepat, tarikh tutup segmen adalah pada 31 Julai 2015. 

Selamat maju jaya.


13 Julai 2015

Mini Giveaway : #CelebratingRamadhanSyawalBersamaMyaFarisha

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mini Giveaway : #CelebratingRamadhanSyawalBersamaMyaFarisha


Ramadhan diraikan Syawal dirayakan.  Haa... gitu kan kita buat tagline sendiri pulak.  Kehadiran Ramadhan semestinya diraikan kerana hadirnya hanya sekali setahun.  Syawal pula kita rayakan setelah sebulan berpuasa... itu satu kemestian kerana Syawal menandakan kemenangan kita dalam meraikan Ramadhan.

Entri ini sekali lagi dikeluarkan untuk meraikan rakan blogger baru, iatu Mya Farisha.


#CelebratingRamadhanSyawalBersamaMyaFarisha
#CelebratingRamadhanSyawalBersamaMyaFarisha

Hadiah :
  1. 3x Bantal hiasan ekslusif *ikut design* 
  2. 1x CelebrityLass
  3. 2x Topup RM 5 *any telco*
  4. dan akan diupdate lagi ..
  • Hadiah istimewa kepada top referral mingguan .

Tempoh Giveaway:  3/7/2015 - 24/7/2015

Jom klik banner di atas sebagai tanda sokongan kepada Mya Farisha.


Tetamu Ramadhan bakal pergi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tetamu Ramadhan bakal pergi


Ramadhan sudah semakin ke penghujung.  Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita setelah hampir sebulan singgah bertamu.  Tidak pasti pula bagaimana layanan yang diberikan kepada tetamu yang bernama Ramadhan.  Adakah yang terbaik atau sekadar adanya sahaja.  Dalam kesibukan menghitung hampirnya hari raya yang bakal tiba tidak sedar bahawa Ramadhan hanya datang sekali setahun ini akan pergi.  Tidakkah Ramadhan berkecil hati andainya persiapan hari raya ini seolah mengabaikan kehadirannya di sisi.  Sedangkan tetamu Ramadhan masih jua tidak diberikan layanan yang istimewa, masih ada hati menyambut tetamu Aidilfitri.

Renungkan amalan di bulan Ramadhan
Renungkan amalan di bulan Ramadhan.  Sumber

Dan adakah hampir pasti bahawa tahun hadapan akan berjumpa kembali dengan Ramadhan.  Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dari Allah, dapatlah berjumpa lagi dengan Ramadhan.  






Carian