Tetamu Ramadhan bakal pergi
Ramadhan sudah semakin ke penghujung. Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita setelah hampir sebulan singgah bertamu. Tidak pasti pula bagaimana layanan yang diberikan kepada tetamu yang bernama Ramadhan. Adakah yang terbaik atau sekadar adanya sahaja. Dalam kesibukan menghitung hampirnya hari raya yang bakal tiba tidak sedar bahawa Ramadhan hanya datang sekali setahun ini akan pergi. Tidakkah Ramadhan berkecil hati andainya persiapan hari raya ini seolah mengabaikan kehadirannya di sisi. Sedangkan tetamu Ramadhan masih jua tidak diberikan layanan yang istimewa, masih ada hati menyambut tetamu Aidilfitri.
Renungkan amalan di bulan Ramadhan. Sumber |
Dan adakah hampir pasti bahawa tahun hadapan akan berjumpa kembali dengan Ramadhan. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dari Allah, dapatlah berjumpa lagi dengan Ramadhan.