Pengikut Setia

03 Julai 2015

First Giveaway by Farhain Azmi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


First Giveaway by Farhain Azmi


Sebagai sokongan kepada rakan blogger yang kembali aktif berblogging, marilah kita turut serta dalam giveawaynya yang pertama.

Ketiadaan idea bukanlah alasan untuk tidak berblogging tetapi banyak lagi punca lain yang hanya blogger berkenaan saja yang tahu.  Tidak dinafikan YangBaik sendiri kadang-kadang bila malas nak layan blog mulalah tidak update entri terbaru.  Jika nak dikatakan tiada idea...bohonglah, melimpah ruah idea sampai tak tahu mana satu nak pilih.

Baiklah dari dok layan moody yang tidak berapa nak stabil... Jom kita tengok apa pula Farhain Azmi sediakan untuk giveawaynya yang pertama.

First Giveaway by Farhain Azmi


Pertama kali untuk mengetahui siapa Farhain Azmi, klik banner di atas.

Hadiah: Sahara Chocolate 2 balang x 2 pemenang

Perkongsian sedikit maklumat mengenai hadiah yang disediakan kepada pemenang, iaitu Sahara Chocolate
  • Kudapan bercreamy dan lazat
  • Sahara Chocolate, produk dari AulFikri Resources.
  • Produk Halal lagi sedap
  • Produk Muslim
  • Rasa coklat dari buah koko
  • Rasa yang tidak berlemak
  • Mudah dinikmati bila-bila masa dan dimana sahaja
  • Mudah disimpan walaupun belum dihabiskan 
  • Mudah sangat..dengan penutup kedap udara dapat mengekalkan keranggupan 'Bubble Crunch'.

SAHARA Chocolate 'Bubble Crunch' yang sememangnya SEDAP DAN LAZAT..
♢Tanpa perlu rendam di dalam air panas
♢Tanpa risau balang ini dipegang oleh kanak-kanak
♢Tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk
Dan sememangnya tanpa peluh-peluh.

Giveaway tamat pada 06/07/2015.

Sama-sama kita berikan sokongan kepada rakan blogger.  Semoga terus bersemangat dalam dunia blogging dan berjaya dengan bisnesnya.  Klik banner di atas untuk turut sama dalam giveaway ini. 


Segmen saya nak design kad raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen saya nak design kad raya


Nak design kad raya tetapi tak pandai atau tak sempat?  Apakata korang join segmen designer Fiza. Peluang yang datang bukan selalu.   Sudahlah bukan selalu, tempoh segmen juga sekejap. Apa yang korang dapat dengan join segmen nie?  Korang boleh dapatkan trafik dari blog Azhafizah selaku peserta.  Kalau korang beruntung boleh guna untuk print sendiri ataupun untuk post kat media social.

Jom kita tengok bagaimana nak join segmen nie.

segmen-saya-nak-design-kad-raya

Segmen saya nak design kad raya


Klik banner di atas untuk turut serta.

Tempoh Segmen 2 Julai 2015 hingga 5 Julai 2015.

Pemilihan pemenang melalui random.org.

Cepat-cepat meriahkan segmen rakan blogger.


Muhasabah Ramadhan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan


Muhasabah Ramadhan


Sabda Rasulullah (s.a.w):  "Sekiranya umatku mengetahui kemuliaan dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan kedatangan Ramadhan itu sepanjang tahun"


Kemuliaan Ramadhan

Mungkin sudah ramai dari kita yang mengetahui akan kemuliaan Ramadhan, termasuk juga penulis blog ini (YangBaik).  Namun kita masih lemah dalam menghayati betapalah mulianya bulan Ramadhan sehingga kita sering alpa dan lalai untuk memberi makna yang baik-baik kepada Ramadhan.  Sewajarnya kita menepikan sengketa, meninggalkan perasaan hasad dan keburukan perilaku kita bagi menghormati kehadiran bulan Ramadhan.

Semoga bermanfaat
posted from Bloggeroid

Carian