Pengikut Setia

16 Jun 2015

Kembali semula ke template asal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kembali semula ke template asal.  Setelah bersiaran bersama template New Thesis SEO V3 selama sebulan, kini blog YangBaik kembali semula kepada template asal dari Blogspot.  Kembalinya blog ini ke template asal pada hari ini setelah beberapa kali blog ini kelihatan tidak stabil.  Mungkin juga menjejaskan pengunjung lain.  Maklumlah baru hari ini YangBaik sempat membelek blog yang disayangi ini.

Masih banyak ruang dan masa yang perlu digunakan untuk belajar mengenai template SEO.  Ada beberapa perkara yang kurang jelas kerana tukar template ini main ikut-ikut dan 'try and error'.


Nampaknya loading blog ini akan kembali perlahan, memandangkan YangBaik belum lagi sempat nak menukar 'gear' blog ini.  Nak kena belajar lagi nie..

Sekian untuk hari ini.

15 Jun 2015

Resah dan gelisah selagi jasad masih bernyawa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Resah dan gelisah.
... memenuhi ruang
Bilamana tiada perkhabaran
Bilamana tiada peluang
Bilamana rasa sendirian

Bagaimana harus diungkapkan
Resah ini seakan tiada noktahnya
Gelisah ini seakan tiada penghujungnya



Resah dan gelisah
... meniti masa
Bilamana persoalan tiada jawapan
Bilamana penantian tiada pengakhiran
Bilamana menunggu itu menyiksakan

Bagamana harus dikotakan
Janji dulu...bertukar tabir

Resah dan gelisah
... bisakah berhenti disini
Bilamana kitaran tidak bisa terbenam
Bilamana jasad masih bernafas
Bilamana nekad belum berakhir

Di sini
tiada penamat
jua tiada permulaanm
Segalanya terus mengalir menyusur denai
Atau bilamana jasad ini tidak lagi bernyawa

Terima kasih kerana masih setia... ~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

07 Jun 2015

Kualiti Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kualiti diri. Kualiti diri akan terpancar kepada tugas harian yang dilakukan. Manakala kualiti diri tersebut pula hanya akan diperolehi melalui ilmu dan akhlak. (Prof. Syed Muhamad Naquib Al Attas)



Banyak makna yang tersembunyi di sebalik kualiti kerja kita. Bukan nak kata kerja orang lain tetapi kualiti kerja diri sendiri. Semuanya tergantung juga cara kita mengendalikan emosi semasa melaksanakan kerja berkenaan.

Semoga bermanfaat.

posted from Bloggeroid

Carian