Lakukan dalam 1 minit. Banyak perkara yang dapat kita lakukan dalam satu minit selain daripada bergosip perkara yang tidak mendatangkan faedah. Walaupun 1 minit, cukup bermakna kepada kehidupan kita dunia dan akhirat.
Perkongsian ini adalah untuk manfaat bersama selain daripada peringatan buat diri sendiri.
Dalam 1 minit, kita berupaya:
1. membaca surah al-Fatihah - 4 kali
2. melafaz 'La ila ha illallah...' - 20 kali
3. melafaz 'Subhanallah hiwabihamdihi' - 100 kali
4. melafaz 'La hau la wala quwwata illa billah' - 40 kali
sumber gambar: FB |
Jadi setiap minit sungguh bermakna buat kita dan tak perlu dilepaskan peluang keemasan ini walaupun seminit.
Semoga bermanfaat. Wallah hu a'lam.