Pengikut Setia

21 Mei 2015

I Love Giveaway Seindahcerita By Nieyl

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


I Love Giveaway Seindahcerita By Nieyl.  Saya memang suka join giveaway (GA).  Kerana melalui GA dapat menambah kenalan dari kalangan blogger baru dan lama.  Lazimnya blogger yang seangkatan dengan YB ... suka join GA.  Melalui GA juga kita dapat memasarkan blog kita kepada blog-blog baru dan lama secara tidak lansung dapat menambah trafik.  Dalam keadaan gawat dengan entri sekarang ni... join GA boleh jadi satu daripada penambah sumber idea untuk entri terbaru.

Kembali kepada GA.  Jom kita tengok ada apa dengan I Love Giveaway Seindahcerita By Nieyl.

http://seindahcerita.blogspot.com/2015/05/i-love-giveaway-seindahcerita-by-nieyl.html


Rakan blogger yang berminat boleh klik banner di atas untuk turut serta.  Tidak kiralah sama ada anda gawat dengan entri atau tidak tetapi bagus juga sebagai sokongan kepada rakan blogger.  Lagi ramai yang turut serta dalam GA ini lagi meriah.  tinggal kita yang turut serta dalam GA ini ada masa atau tidak untuk blogwalking ke semua entri peserta. Kan.

Segmen berlangsung mulai 15 - 31 Mei 2015.  

Jom berikan sokongan kepada Nieyl.

Dan pastinya tidak lepaskan peluang untuk dapatkan 50 SMS dengan percuma.




20 Mei 2015

Sampul ini ada nilai tinggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kandungan dalam sampul ini amat bernilai dan bermakna


Sampul 1




Sampul 2
posted from Bloggeroid

Jangan menilai ikut mata kasar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan menilai seseorang dengan mata kasar. Tazkirah yg indah ini YB peroleh dari grup wasap. Pastinya sudah ramai yang pernah baca petikan sebahagian atau sepenuhnya. Namun tidak salah rasanya petikan ini dikeluarkan semula sebagai peringatan kepada diri ini yang selalu alpa.

1. Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab.
2. Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.
3. Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.
4. Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.
Subhanallah.
Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.


posted from Bloggeroid

Carian