Pengikut Setia

18 Mei 2015

Sabar Sahabat Sejati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sabar sahabat sejati. Sabar adakalanya sukar ditemui. Bersahabat dengan sabar acapkali memberi ujian. Ujian kepada nilai hidup manusia sejagat. Mencabar wibawa menguji minda menguatkan Iman.

Sabar sahabat sejati. Tatkala musibah datang melanda sabar itu tempatnya di dasar hati. Adakala tenggelam bersama amarah namun segera timbul bersama teguhnya keimanan. Ketaqwaan jua tali pengikatnya.



Sabar sahabat sejati. Sesekali jemu menguasai diri bilamana sabar semakin menghilang. Hanya kerana ikhlasnya sabar menunggu di kejauhan mengejarnya tidak kemana hilangnya ia memusnah harapan.

Sabar sahabat sejati. Pastinya tidakkan merugi bersahabat dengan sabar. Kerana sabar itu sebahagian daripada Iman. Iman itu ada di dalam dada setiap manusia selagi dia berstatus Muslim. Terpelihara Iman bersabar sabar. Sabar menempuh ujian, cabaran dan dugaan.

Sabat sahabat sejati. Di mana nak dicari sabar andai Iman semakin tercalar. Usah dibiarkan sabar melarat berduka lara. Sesudah kepayahan akan tiba kebahagiaan.

Sabar sahabat sejati. Biar perit derita di jiwa, kentalkan semangat panjatkan doa. Kesyukuran penuh nikmat atas limpah kurnia dari yang Maha Esa.

Sabar sahabat sejati.

Nukilan : yangbaik, 18/5/2015, 10.30 mlm,

posted from Bloggeroid

Projek Sempena Hari Guru | Mini Tote Bag

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Projek sempena Hari Guru. Sabtu lepas, 16 Mei adalah Hari Guru. Kebetulan pula jatuh pada hari cuti. Maka untunglah cikgu dapat cuti. Tetapi tidak semua cikgu bercuti dan berehat pada Hari Guru. Ada sekolah mengadakan gotong-royong pada Hari Guru.

Bukan sahaja cikgu yang bercuti pada 16 Mei lepas, tetapi kita-kita yang bukan cikgu juga dapat cuti. Kebetulan kan.

Sabtu lepas entah apa pula mimpi malamnya, bangun pagi dapat idea nak buat tote bag. Buat saiz kecil saja dulu sebab kain tak cukup. Kekuatan itu datangnya begitu tanpa disedari.



Alhamdulillah, berjaya juga siapkan 8 unit beg kecil ini. Beg kecil ini dihiasi sulaman riben yang ringkas. Kalau nak cerita halangan dan rintangan memang tidak akan siap beg ini. Hanya dengan kegigihan dan izin dariNya, beg kecil ini berjaya disiapkan sepenuhnya pada petang Ahad.

Ajak anak-anak buatkan kad hari guru untuk guru sekolah mereka. Tak sempat pula nak rakamkan kad yang mereka hasilkan. Kad yang comel mengikut kreativiti mereka. Ringkas sangat. Jadilah buat sementara ini untuk memberikan mereka sedikit aura Hari Guru di sekolah yang diraikan pada hari ini, Isnin 18 Mei 2015.

Selamat Hari Guru kepada semua Cikgu. Jasa dan bakti serta tunjuk ajar kalian amat kami sanjung tinggi dan sungguh bermakna buat kami. Semoga Cikgu terus diberkati.

posted from Bloggeroid

Hilang kata-kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hilang kata-kata.  Korang mesti selalu alami perkara ni.  Saat yang paling tidak disukai bila berhadapan dengan bermacam persoalan.  Tiba-tiba hilang kata-kata.   Tidak tahu apa yang hendak diungkapkan.  Nak setuju tak boleh nak bantah apatah lagi.  Langsung diam.  Bila diam orang kata kita setuju sedangkan kita tak setuju pun.

Koleksi buku lama.  Gambar hiasan


Dalam ketika ini, begitulah situasi yang sukar untuk ditempuh.  Bukan sahaja hilang kata-kata tetapi hilang idea.  Orang kata kita perlu banyak membaca untuk menambah koleksi perbualan dan perbendaharaan kata.

Ada juga orang kata sebab kita tak banyak bergaul.  Sebab itulah kita selalu hilang kata-kata, tak tahu nak sembang apa.

Apa pun yang yang orang kata... ketepikan saja.  Kita adalah kita.  Kehilangan kata-kata pada kita bukan kerana orang lain tetapi sebab kita memikirkan apa yang harus diperkatakan supaya tiada yang berkecil hati dengan perkataan kita.

Sekian.  terima kasih kerana sudi melayan kata-kata YB.


Carian