Pengikut Setia

16 April 2015

Dalam kereta waktu malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dalam kereta waktu malam

Dah jadi seperti satu kemestian pula tak kira di mana dan tak kira masa. Sementara menunggu yang lain masuk dalam kereta, siapa yang masuk dulu mesti nak guna peluang yang ada sebaiknya.



Ada-ada saja mereka berdua ni. Sempat lagi bergambar. Dalam gelap pun jadi. Tak kisahlah, warna tak berapa jelas pun tak apa.

Inas bukan main lagi sporting. Sebut saja nak tangkap gambar cepat-cepat dia ke depan. Tapi sebenarnya Inas tak puas hati. Dia merungut juga sebab gambar tu nampak malap dan gelap.

Tak mengapalah hai anak. Asalkan kita dapat berselfie berdua, malap pun cantik juga. Kan.

o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

Jom Sertai Giveaway Mudah di MerryFendy Simple Blogs

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jom Sertai Giveaway Mudah di MerryFendy Simple Blogs


Bukan senang juga untuk menganjurkan Giveaway terutama untuk pertama kali.  Banyak persediaan dan perancangan yang perlu dilakukan, antaranya menetapkan kumpulan sasar, tempoh berlangsung, hadiah dan kaedah pemilihan pemenang.

Kaedah pemilihan pemenang yang lazim dilakukan adalah menggunakan khidmat random.org dan ada juga yang menggunakan cabutan sendiri nombor peserta.

Kaedah yang paling sukar (mungkin) yang digunakan adalah oleh sebahagian blogger untuk contest SEO yang mana kaedah pemilihan pemenang agak lain dari yang dinyatakan di atas.  Nak cerita panjang lebar mengenai kaedah ini kena tunggu entri lain pula.

Sementara itu kita lihat dulu apa yang ditawarkan oleh MerryFendy melalui giveawaynya yang pertama ini.

Jom lihat...

MerryFendy Giveaway

http://pearlsweets.blogspot.com/2015/04/jom-sertai-giveaway-mudah-di-merryfendy.html


Giveaway berlangsung mulai 10 hingga 30 April 2015.

Hadiah yang ditawarkan agak lumayan juga untuk giveaway yang pertama kali dianjurkan.

Nak tahu apa hadiah yang ditawarkan klik banner di atas.

Boleh juga dapatkan syarat penyertaan.

Dengan ini saya tag anda semua yang melintas dan singgah baca entri ini.

Silakan.



15 April 2015

Antara air mata dan bateri motor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Air Mata Tiruan


Entah dari mana datangnya air kat mata tu. Ingat senang ke nak keluar kalau bukan bersebab.

Kalau anak-anak sebab utama selalunya bila kena tinggal. Pantang nampak keluar rumah... ada saja yang mengekor.

Gaya selepas menangis



Konon-konon menangis lah sangat bila ayah keluar rumah tak bawa dia. Alih-alih ayah pi kat pondok depan ambil motor.

Motor tu dah 2 hari tidak boleh start sebab bateri dah kong. Hanya petang tadi baru ayah sempat singgah kedai spare part beli bateri ganti. Malam ni ayah buka bengkel motor depan rumah... tukar bateri jer.

Sekarang ni pula, ketika menulis entri ini saya tersenyum sendiri melihatkan keletah dan anak-anak yang teruja sangat dapat bermain lari-lari depan rumah sambil meneman ayah mereka hidupkan enjin motor.

Aduhai anak-anak, dah tak cukup siang malam pun masih nak bermain juga.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

Carian