Pengikut Setia

27 Mac 2015

RedBellas - Segmen Keep Calm & Follow Me

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


RedBellas - Segmen Keep Calm & Follow Me



Ini adalah segmen ke-3 yang dianjurkan oleh blogger Redbellas.  Tujuan segmen adalah untuk meningkatkan lagi followers dan membantu Rakan Blogger dalam usaha meningkatkan followers dan pembaca blog.  

RedBellas - Segmen Keep Calm & Follow Me


Jom kita bantu membantu rakan blogger.  Klik banner di atas untuk turut serta.

Banner di atas saya ubah sikit dan akan ada perbezaan dengan banner asal yang dikeluarkan oleh penganjur.  Maaf!  Namun saya harap perubahan itu tidaklah meninggalkan kesan yang mendalam kepada penganjuran segmen ini.


Tempoh tamat segmen ini telah dilanjutkan ke 20 April 2015.  

Terima kasih atas sokongan semua.

(^-^)

Bila blogger picisan menulis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bila blogger picisan menulis


Blogger picisan.  Entah bila saya mula mengenali frasa kata itu.  Semestinya semenjak bergelar blogger, mulai tahun 2008 atau mungkin juga awal lagi.  Maklumlah ketika itu blogging pun sekadar menulis apa yang terbuku di hati... dan sehingga sekarang pun masih juga begitu.

Statistik pengunjung


Blogger picisan ini bukanlah tinggi mana darjatnya.  Sekadar di pinggiran saja.  Sekejap timbul sekejap lagi tenggelam... yang banyaknya tenggelam dari timbul.

Tidak banyak yang dapat diperolehi daripada blogger picisan.  Maklumlah blogger yang sering kekeringan idea.  Ada ideapun tak dapat menulis panjang kerana tidak cukup bahan.  Bukan itu sahaja, masa nak menulis pun tak reti nak uruskan.  Asyik sibuk dengan aktiviti... macam mana nak jadi blogger yang maju.

Sesekali blogger picisan ini perlu bangun dan mantapkan jati diri untuk menjadi blogger yang mantap.  Tidak terkenal pun tidak mengapa asalkan ada sesuatu yang dapat dikongsikan dengan pembaca.

Malaysia Best Blog 2015


Walaupun sekadar blogger picisan tetapi ada hati juga nak jadi Malaysia Best Blog 2015.  Sayangnya tiada pencalonan.  Tetapi tidak mengapalah kerana blog ini turut mencalon blog yang lain sebagai Malaysia Best Blog 2015 yang dianjurkan oleh blogger Oh!Duit.com.

Nak tahu calon Malaysia Best Blog 2015 boleh klik sini.  Untuk melihat pencalonan sahaja.  Untuk lihat senarai peserta boleh rujuk di sini.

Pastinya blogger picisan juga tidak ketinggalan dalam arus perdana dunia blogging.  Hasilkan karya yang terbaik bukan sekadar gosip murahan atau khabar angin.

Selamat maju jaya untuk semua.


26 Mac 2015

Jawab soalan dengan cara betul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jawab soalan dengan cara betul


Contoh buku

Rentetan cerita semalam. Semasa lawatan ke Karnival Buku.  Hajat hati nak menulis semalam tetapi tak sempat.  Jadi ambil kesempatan sekarang untuk menulis.

Bukan hasrat untuk mengutuk atau mengata tetapi lebih kepada peringatan kepada diri sendiri juga.

Kita sering berhadapan dengan macam-macam soalan.  Tak kiralah sama  ada suka atau tidak kita kena jawab bila soalan itu diajukan kepada kita.

Pasti terjadi pada satu ketika kita tidak mampu menjawab sesuatu soalan.  Sama ada kita tidak faham soalan atau kita tiada jawapan untuk soalan yang diajukan.  Sebab bukan semua orang tahu kita ada jawapan itu.  Kerana hidup ini penuh dengan persoalan.

Itu bab orang yang kena tanya.

Ini bab orang yang bertanya pula.

Kita bertanya pada tempatnya.  Sebelum bertanya kita perhatikan dulu persekitaran dan kesediaan orang yang akan ditanya.  Rasa macam nak tanya tapi nampaknya dia belum bersedia untuk menjawab.  Jadi kita biarkan dulu.

Tiba masanya dia bersedia untuk menjawab soalan.  Okey... saya pun bertanya dengan yakin, dengan harapan dia akan memberikan jawapan.  Tidak kiralah jawapan itu ada atau tidak.  

Tetapi apa perasaan anda bila soalan anda itu tidak berjawab dengan jawapan yang tepat.  

Jawapan yang diharapkan tidaklah besar sangat... hanya ada  atau tiada.  Jika ada katakan ada dan akan disusul dengan soalan berikutnya.  Seandainya jawapannya tiada. Tidak mengapa kerana saya mampu memahami keadaan dan situasi ketika itu.

Jawapan yang diberikan bukan jawapan tetapi amat mendukacitakan.  Kerana saya tidak mengharapkan soalan lain selain daripada jawapan kepada soalan yang saya berikan tadi.

Susah nak faham yer...

Okeylah disenangkan cerita begini:

Saya :  Encik, ada buku pengurusan tak?  (Saya bertanya kerana dari tadi saya mencari tidak nampak dan tidak jumpa, jadi tidak salah untuk bertanya, kan?)

Penjual1 :  Ada, murah sangat.

Saya :  Oh ye... (teruja) Yang mana boleh saya tengok? (sambil meninjau longgokan buku yang ada ada meja pameran)

Penjual2 :  (Boleh pula tanya soalan lain) Puan agak buku ni berapa harganya ? (sambil ditunjukkan buku yang agak mahal dengan genre kenderaan mewah)

Dengan perasaan malas, dengan selamba saya jawab :  Agak2 tiga ratus...

Penjual terus membebel ... kononnya dia boleh jual dengan harga yang jauh lebih murah.

Soalan saya yang kedua tadi tidak berjawab.  Saya pun berlalu dengan perasaan yang agak kecewa. Bukan kerana tiada buku yang dicari tetapi dengan jawapan yang tidak langsung membantu.

Walaupun kita tidak mampu menjawab soalan yang diberikan tetapi jawablah dengan cara yang betul. 

Jangan biarkan orang tertunggu-tunggu jawapan anda.

#peringatanbuatdirisendiri



Carian