Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Segmen Bloglist Sakura
Kuatkan semangat untuk buat entri lagi. Kebelakangan ini agak sibuk sikit dengan tugas. Walaupun sibuk perhatian blog harapnya tidaklah terabai. Semoga semua kesibukan itu berbaloi dan dimudahkan.
Entri kali ini adalah untuk segmen bloglist Sakura yang dianjurkan oleh rakan blogger pemilik blog Qasehku, Anis.
Sakura bunga yang cantik berasal dari Jepun dan pastinya menjadi pujaan ramai wanita. Maklumlah wanita seringkali dikaitkan dengan warna pink atau merah jambu.
Saya sebenarnya tidak pernah jumpa bunga Sakura asli sebaliknya pernah menyimpan bunga sakura tiruan pada zaman sekolah. Ketika itu tidak banyak rumah menyimpan bunga sakura kerana baru diperkenalkan.
Bunga Sakura sesuai untuk dijadikan sebagai hiasan dalam rumah memandangkan warnanya yang lembut dan mendamaikan. Bezanya dengan anak-anak yang masih kecil kurang sesuai sangatlah. Tidak pastilah apa yang akan berlaku tetapi saya boleh bayangkan apa yang bakal berlaku di rumah saya bila saya meletakkan sejambak bunga sakura atas meja atau sebagai hiasan di sudut ruang tamu. Alamatnya tinggal tangkai dan berguguranlah Sakura atas lantai.
Eh eh... saya cerita panjang pasal bunga sakura tiada siapa yang suruh tetapi saja ambil kesempatan untuk bercerita mengenai Sakura yang saya tahu.
Sebenarnya Segmen ini akan tamat bila penyertaan dalam segmen ini mencecah 100 blog. Untungnya 100 blog yang menyertai segmen ini akan masuk dalam bloglist Anis. Siapa kata tak untung... memang rugi.
Okey, jom beri sokongan kepada Anis dan sambil berkenalan dengan rakan blogger yang lain.
Klik banner di atas untuk turut serta.
Terima kasih.