Pengikut Setia

06 Januari 2015

Layan Drama Satu Hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Satu hari




Malam ni layan drama Melayu di TV9, Satu Hari. Entah episod keberapa. Jarang sangat dapat tengok drama sekarang nie. Kalau tidak kerana layan kartun dengan anak-anak, ada urusan lain, memasak, mengemas atau shopping. :P

Sesekali dapat tengok drama Melayu memang mengasyikkan. Walaupun jalan ceritanya tidak berapa faham sebab dah tengok di pertengahan, tetapi boleh agak sikit-sikit jalan cerita yang dah terlepas. Kita kan pandai serkap jarang. Kalau kena tu kira untung kalau tidak kena tiada rugi apa-apapun, sekadar drama saja.

Apa yang boleh dikatakan adalah apa saja keputusan yang kita buat tidak semua orang mampu memahaminya. Untuk itu penting untuk jujur dan berterus-terang mengenai keputusan yang diambil. Sama ada kita yang tersilap atau tidak itu semua sudah berlaku. Apa yang penting jaga hati ibu bapa dalam membuat keputusan. Supaya hidup kita tidak susah di kemudian hari.

Seperti biasa juga, tumpuan kepada drama tidak dapat diberikan sepenuhnya. Kena layan anak-anak bercakap, makan dan bermain.

Satu hari dah jadi cerita satu malam pula. Hilang nak cerita drama Satu Hari jadi cerita kisah anak-anak pula. Dah lari konsep pula.

Bila sempat kita lihat perkembangan seterusnya.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Jangan biarkan dia menangis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Jangan biarkan dia menangis


Saat dia ketawa kita juga girang
Biarpun ketika itu kita dalam kesakitan
Tawa hilainya pengubat duka
Penawar kesakitan juga sengsara

Emosinya bisa berubah
Mudah terusik biarpun sedikit
Hatinya kecil jiwanya halus
Bila terasa mudah menangis
Biarpun dengan punca yang kecil

Dia masih kecil untuk menjadi kental
Jika sekalipun dia sangat kental tidakkah terkesan dihatimu
Bila mana jiwa sekecil itu mampu menahan derita
Menahan air mata dari menderu

Jangan biarkan dia menangis lama
Terlalu lama tangisan itu menjadi biasa
Jiwanya tidak biasa kukuh dengan tangisan
Jiwanya kan luntur pedihnya berlarutan

Jangan biarkan dia menangis lagi
Sakit rasanya disudut hati
Mendengar tangisan tiada henti
Esak tangis bersilih ganti
Seakan merayu minta simpati

Pujuklah dia, rayulah dia
Manjakan dia lembutkan jiwa
Rendah diri lembutkan suara
Semoga terlerai segala duka


Nukilan: yangbaik | 612015 | 6.45 |
posted from Bloggeroid

Kekalkan Ukhwah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kekalkan Ukhwah

Selamat pagi semua
Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan

Ukhwah

"Ukhwah connecting our heart"

Terima kasih

Carian