Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Rezeki Blog Pertama
Alhamdulillah, buat pertama kali bagi tahun 2015 dapat rezeki hasil dari berblogging.
Oleh kerana entri ini dikeluarkan melalui phablet Huawei X1 menggunakan aplikasi Bloggeroid, saya tidak dapat mencari entri penyertaan untuk hadiah yang dimenangi ini.
Walau apapun entri ini saya buat untuk rekod dalam blog dan sebagai penghargaan kepada penganjur giveaway 'Perancangan Eksekutif Islam 2015' iaitu rakan blogger 'sweetsmile n sweetlife' dari Bachok, Kelantan.
Hadiah ini amat bermakna bagi tahun 2015 memandangkan hadiah sebegini selain daripada hadiah pertama tahun 2015, ia juga penuh dengan ilmu pengetahuan.
Saya harap entri ini tidak disalahertikan sebagai pandangan lain yang berbeza, namun hak peribadi masing-masing untuk membuat penilaian.
In shaa Allah pastinya buku ini membawa banyak manfaat dalam kehidupan seharian saya untuk tahun ini.
Terima kasih. o (∩ ω ∩) oo (∩ ω ∩) oo (∩ ω ∩) o
posted from Bloggeroid